Skip to main content
HomeJohor

Program S.I.S Dapat Sambutan Menggalakkan Wanita Tangkak

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Program Stop It, Survive (S.I.S) anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Daerah Tangkak meriah dengan kehadiran wanita pelbagai kaum melebihi sasaran yang diadakan di sini, hari ini.

Program yang diadakan di Dewan Dato’ Hj Abdul Ghani Othman, Asrama Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Sagil, Tangkak adalah satu usaha untuk mempertingkatkan kesedaran golongan wanita pelbagai kaum dalam menjaga keselamatan diri menghadapi jenayah keganasan terhadap wanita.

Peserta yang hadir program hari ini memenuhi dewan

Peserta yang hadir program hari ini memenuhi dewan

Pegawai Tadbir YPK Tangkak, Noraisyah Maulan, 32, berkata program yang dianjurkan YPK Tangkak di bawah Kerajaan Negeri Johor ini mendapat kerjasama daripada PEMADAM, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), HELWA dan Pejabat Daerah Tangkak dengan kehadiran seramai 350 orang berbanding sasaran yang dianggarkan 300 sebelum ini.

“Aktiviti yang diadakan dalam program ini antaranya cap tangan sebagai tanda menyokong hentikan keganasan terhadap wanita dan pemberian sekuntum bunga ros kepada setiap peserta sebagai tanda menghargai dan menyayangi wanita.

Ee Chin Lee menyampaikan cenderamata kepada Penceramah Kamal Afendi Hashim

Ee Chin Lee menyampaikan cenderamata kepada Penceramah Kamal Afendi Hashim

“YPK Tangkak mensasarkan kehadiran dari kalangan peserta dan keluarga peserta metadon, keluarga orang kena pengawasan (OKB), ibu-ibu tunggal, pelajar-pelajar IPT dan pelajar-pelajar tingkatan enam dalam Daerah Tangkak yang berisiko menjadi mangsa atau pernah menjadi mangsa keganasan wanita agar mereka dapat mempersiapkan diri dan sentiasa waspada serta bangkit semula sekiranya mereka telah menjadi mangsa keganasan,” ujarnya.

Seorang peserta Program S.I.S, Zalilah Irsyad, 52 sangat menyokong penganjuran program pada hari ini.

Pn Zalilah (kiri) menunjukkan gaya tangan hentikan keganasan terhadap wanita

Zalilah (kiri) menunjukkan gaya tangan hentikan keganasan terhadap wanita

“Program SIS hari ini adalah sangat baik untuk beri pendedahan kepada kaum wanita tentang hak-hak mereka menangani keganasan terhadap wanita.

“Apa yang telah dimaklumkan oleh penceramah tentang kaedah menangani dan juga apa tindakan yang perlu diambil jika mnjadi saksi atau terlibat dengan keganasan wanita ini sedikit sebanyak membuka minda semua yang hadir,” katanya.

Antara peserta yang melakukan aktiviti cap tangan

Antara peserta yang melakukan aktiviti cap tangan

“Pandangan penceramah dari sudut agama juga baik dan bagus kerana kadang-kadang ramai wanita di luar sana yang tidak tahu hak mereka sebagai mangsa keganasan,” tambah Zalilah.

Bagi menjayakan program ini, YPK Tangkak telah menjemput personaliti yang tidak asing lagi Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim selain Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood.

EM

Tinggalkan komen anda