Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Bulan Sabit Merah Sabah Seru Masyarakat Sumbang Dana Beli Bendera

By 24 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto: Hazlinah Samsir/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Bulan Sabit Merah Negeri Sabah menyeru masyarakat menyumbang dana melalui pembelian bendera untuk membantu lebih ramai pihak yang memerlukan.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Negeri Sabah, Asnan Yunus Chong berkata sumbangan boleh dibuat melalui jawatankuasa persatuan itu di setiap daerah dan kutipan akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti serta program kemasyarakatan.

Suasana sekitar kunjungan hormat rombongan Bulan Sabit Merah Negeri Sabah kepada Tun Juhar.

Suasana sekitar kunjungan hormat rombongan Bulan Sabit Merah Negeri Sabah kepada Tun Juhar.

Berdasarkan rekod kutipan yang mencecah RM70,000 pada tahun lalu, Asnan berharap dapat mengumpulkan sejumlah wang pada tahun ini untuk disalurkan menerusi beberapa program yang telah dirancang.

“Diharapkan pada tahun ini, kita dapat mengumpul lebih lagi kerana ia disalurkan semula kepada masyarakat melalui program tabung darah, kursus pertolongan cemas di kampung-kampung terpilih dan juga untuk pembangunan belia,” jelasnya di Istana Negeri, pada Rabu.

Asnan ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebagai simbolik pelancaran penjualan bendera sempena Hari Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei 2019.

EM

Tinggalkan komen anda