Skip to main content
HomeJohor

Johor Susun Semula 11 Portfolio Kerajaan Negeri

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Najib Mohaini (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Johor membuat penyusunan semula berikutan perlantikan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor baharu bagi menggantikan dua orang ahli majlis yang digugurkan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tan Hong Ping yang juga dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Mazlan Bujang berkuatkuasa pada 21 April 2019 setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

Susulan perlantikan tiga orang Ahli Majlis yang baharu, Dr Sahruddin Jamal turut membuat penyusunan semula ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang menyaksikan pertukaran portfolio masing-masing iaitu Menteri Besar juga Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Aminolhuda Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad.

Datuk Dr. Sahruddin Jamal (dua kiri) bersama-sama tiga Exco yang bahru dilantik (dari kiri) Mohd. Solihan Badri, Tosrin Jarvanthi dan Tan Cheng Choon selepas sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri, Johor

Datuk Dr. Sahruddin Jamal (dua kiri) bersama-sama tiga Exco yang bahru dilantik (dari kiri) Mohd. Solihan Badri, Tosrin Jarvanthi dan Tan Cheng Choon selepas sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri, Johor

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ADUN Johor Jaya Liow Chai Tung dilantik memegang jawatan tersebut. ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti. Bagi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan disandang oleh Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dr Ramakrishnan A/L Suppiah.

ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi

ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi

Bagi jawatankuasa belia, sukan, pembangunan usahawan dan koperasi telah melantik Sheikh Umar Bagharib Ali, seterusnya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon dan terakhir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri.

“Saya berharap Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dengan portfolio baharu ini dapat mengalas tanggungjawab ini dengan jujur, ikhlas dan penuh amanah serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sekaligus melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

ADUN Jementah, Tan Chen Choon

ADUN Jementah, Tan Chen Choon

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Skudai Tan Hong Pin dan ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang atas sumbangan selama menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini,” katanya semasa sidang media penyusunan semula barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Johor semalam.

ADUN Tenang, Mohd. Solihan Bahri

ADUN Tenang, Mohd. Solihan Bahri

Dalam majlis yang penuh istiadat berlangsung di Istana Bukit Serene, DYMM Tuanku Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.

EM

Tinggalkan komen anda