
Laporan/foto: Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 26 Apr (Malaysiaaktif) – ‘First Choice for Top Performers’ dalam kalangan pelabur tempatan dan antarabangsa merupakan intipati ucapan dalam Majlis Pelancaran Pelayaran Sulung Kapal Kontena Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn Bhd bertempat di Tanjung Bruas, semalam
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ini merupakan pelayaran sulung kapal kontena dari Pelabuhan Tanjung Bruas ke Pelabuhan Humen China.
“Ekonomi Melaka dijangka kekal dalam landasan pertumbuhan yang sederhana dengan dianggarkan berkembang kerana dengan kemasukan kapal Kontena ini ia bakal menarik pelabur-pelabur untuk melabur ke negeri Melaka.
“Terima kasih dan syabas diucapkan kepada syarikat yang terlibat dan diharapkan dapat terus menggunakan Pelabuhan Bruas ini pada masa hadapan,” ujar Adly.
Pengarah Urusan Xinyi Energy Smart (M) Sdn Bhd, Liu Xiao Rong ketika ditemui berkata pelabuhan ini akan mencipta sejarah di mana syarikat pertama yang menyewa sebuah kapal dan mengangkut kontena di Melaka.
“Terima kasih kepada kepimpinan negeri atas keprihatinan dan sokongan, kami akan memastikan syarikat ini menyumbang dalam pembangunan ekonomi Melaka serta Malaysia,” katanya.
Turut hadir bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Wong Fort Pin dan Ahli Dewan Undangan kawasan Klebang, Gue Teck.