Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pembinaan Dewan Serkam Pelbagai Kegunaan

By 29 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

SERKAM, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Dewan Seberguna, Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam telah berlangsung di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam, baru-baru ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Adly Zahari merasmikan Dewan Serbaguna DUN Serkam.

Adly Zahari merasmikan Dewan Serbaguna DUN Serkam.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pembinaan dewan ini adalah sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan selain boleh digunakan sebagai pusat untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen-kempen berkaitan kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

“Dewan yang dibangunkan dengan nilai RM2.3 juta ini boleh memuatkan seramai 800 orang dibina bagi memenuhi kehendak dan keperluan warga Serkam sebagai tempat perjumpaan umum.

“Pembinaan ini juga adalah satu keperluan yang dinantikan oleh penduduk Serkam khususnya bagi menjalankan kegiatan sosial, politik mahupun rekreasi.

Adly tertarik melihat bahan penerbitan Jabatan Penerangan di booth Pejabat Penerangan Daerah Jasin.

Adly tertarik melihat bahan penerbitan Jabatan Penerangan di booth Pejabat Penerangan Daerah Jasin.

“Dengan adanya kemudahan dewan baru ini diharapkan dapat dijaga dengan baik supaya tidak berlaku vandalisme. Sampah sarap tidak dibuang merata-rata, kebersihan juga sentiasa menjadi keutamaan dan menjadikan sebuah negeri maju sesuai dengan moto kerajaan negeri iaitu Pintar, Hijau, Bersih,” ujar Adly.

Hadir sama dalam majlis perasmian ini Penyelaras JAPERUN Serkam, Ustaz Muhammad Khomeini Kamal, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin Mustafah Ali dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Jasin wakil Pegawai Daerah Jasin Mohd Isa Othman.

 

-KN

Tinggalkan komen anda