Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Persepsi Batuk Berdarah Akibat ‘santau’ Perlu Diperbetulkan

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: M Zakry Chan/Fariza Farnoh

AYER KEROH, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Presepsi masyarakat bahawa demam dan batuk berdarah akibat buatan manusia atau ‘santau’ perlu diperbetulkan.

Individu yang mempunyai simptom tersebut perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

Penyakit Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis dan merebak melalui udara.

Tanda-tanda penyakit Tibi seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

Sehubungan itu, sambutan Hari Tibi Sedunia dan Kusta Sedunia peringkat Kebangsaan telah berlangsung bertempat di Grandballroom MITC, Melaka, di sini.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri) melihat sampel kuman penyakit melalui mikroskop selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan 2019 di MITC, Melaka

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri) melihat sampel kuman penyakit melalui mikroskop selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan 2019 di MITC, Melaka

Tujuan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi dan Kusta yang dilakukan di seluruh negara.

Tema sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan adalah “Inilah Masanya: Kesan Awal dan Pastikan Sembuh Tibi/Kusta”.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Low Chee Leong, penyakit Tibi dan Kusta adalah penyakit berjangkit yang telah lama wujud dan perlu diberi perhatian serius.

“Saya berharap dengan pengisian program seperti ceramah dan pameran yang diadakan hari ini dapat meningkatkan pengetahuan kita semua tentang kedua-dua penyakit ini, seterusnya mengambil tindakan pencegahan dan pengawalan dari terus merebak,” ujarnya.

Manakala Pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain, Amri Amsyar Azhar, 17, yang turut hadir dalam program hari ini berkata, setelah hadir ke Majlis Sambutan Hari Tibi dan Kusta sedunia, pelbagai infomasi diperolehi dalam sesi penerangan yang diberi kepada orang ramai.

Banyak ilmu kesihatan yang diperolehi di Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia - Amri Amsyar Azhar (tengah)

Banyak ilmu kesihatan yang diperolehi di Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia – Amri Amsyar Azhar (tengah)

“Sebagai pelajar, amat penting untuk saya memgetahui berkaitan penyakit yang berbahaya ini, langkah-langkah pencegahan awal perlu diketahui supaya kita tidak terkena jangkitan ini,” ujarnya.

Majlis berlangsung dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

EM

Tinggalkan komen anda