Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

SMK Tinggi Port Dickson Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sembilan 2019

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Hamidah Md Drus / Khairudin AM/ Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 30 April (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang berlangsung di Dewan SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah, hari ini.

Peserta dari SMK Tinggi Port Dickson.

Peserta dari SMK Tinggi Port Dickson.

Tema bagi pertandingan ini ialah ‘Tentang Kita’ dan ini adalah acara tahunan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan yang melibatkan ahli Kelab Malaysiaku dari seluruh Negeri Sembilan. Pertandingan ini membawa konsep penceritaan dalam lakonan pentas. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan semangat patriotisme.

Aksi peserta Pertandingan Sketsa Rukun Negara.

Aksi peserta Pertandingan Sketsa Rukun Negara.

Menurut salah seorang wakil kumpulan dari SMK Tinggi Port Dickson, Mohd. Hakeem Abd. Rahim, 17, “Pertandingan Sketsa Rukun Negara anjuran Jabatan Penerangan ini dapat memberi pendedahan dan kepada pelajar seperti saya tentang prinsip Rukun Negara

“Jika setiap rakyat mengamalkan prinsip Rukun Negara, negara akan makmur dan kita akan hidup aman damai. Pegangan terhadap prinsip Rukun Negara juga boleh mendorong seseorang itu untuk berjaya dalam kehidupannya,” tambahnya.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Tuan Haji Sabarudin Yeop Hamza turut bersetuju bahawa prinsip Rukun Negara adalah prinsip yang lengkap untuk dijadikan amalan dalam kehidupan bagi menjaga keharmonian dalam negara Malaysia.

“Prinsip Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, prinsip ini menerangkan bahawa kita percaya ada kuasa yang menjaga dan menilai kita. Jika kita amalkan prinsip ini tidak kira agama apa sekalipun, kita tidak akan melakukan kesalahan kerana percaya tuhan itu ada.”

“Kita mahu lihat generasi hari ini berfikiran matang sejajar dengan prinsip rukun negara. Lihat sahaja di media sosial hari ini, pelbagai gejala tidak sihat dikongsi. Atas kesedaran ini Jabatan Penerangan mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan bagi memupuk semangat cintakan negara dari peringkat sekolah lagi. Kita harap dengan cara lakonan, mesej dapat disampaikan”, ujarnya ketika merasmikan pertandingan sketsa.

Pemenang pada hari ini akan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan. Pemenang tempat kedua disandang oleh SMK Dato’ Abdul Samad dan pemenang ketiga adalah SMK Undang Rembau.

 

-KN

 

Tinggalkan komen anda