Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Syarikat Korea Berminat Melabur di Sabah

By 5 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan /foto:Asmidar Zainol/ Marusin Minuddin(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Syarikat pelabur antarabangsa Kumpulan REI Holding Korea berminat melabur dalam industri pelancongan kesihatan di negeri ini.

Shafie (kiri) bersalaman dengan mereka yang hadir.

Shafie (kiri) bersalaman dengan mereka yang hadir.

Pengerusi Kumpulan, Hong Soonbong berkata projek Bandar Kesihatan berkenaan bakal menelan belanja USD400 milion (RM1.6 bilion) hingga USD500 milion.

“Projek berkenaan meliputi hospital awam melibatkan pusat perubatan, pusat pemeriksaan serta jabatan perubatan seperti klinik kesuburan, onkologi, pergigian, ENT, kosmetik dan stem cell.

Hong (kanan) dan David (kiri) semasa sesi sidang media.

Hong (kanan) dan David (kiri) semasa sesi sidang media.

“Apabila projek ini siap, ia akan menjadi nadi utama kepada  pelancong luar negara untuk datang ke sini.

“Saya berharap Sabah menjadi destinasi terakhir di Malaysia sebagai lokasi pelaburan syarikat kami,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie (empat dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Hong (lima dari kanan).

Shafie (empat dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Hong (lima dari kanan).


Tambah Hong, persekitaran negeri yang kaya dengan produk pelancongan amat sesuai bagi pelaksanaan projek berkenaan.

Turut hadir pada kunjungan tersebut adalah Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif dan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, David Han Kyunghyun.

EM

Tinggalkan komen anda