Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Popular di Kota Bharu

By 9 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Robani Nabi Ahmad/Normah Sapa’in(Kota Bharu)

KOTA BHARU, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Stadium Sultan Muhamad ke-IV menjadi tumpuan warga kota dan orang ramai, bukan sekadar ketika acara perlawanan bola sepak namun Bazar Ramadan di ruang parkir stadium turut menjadi tarikan pengunjung pada bulan Ramadan ini.

Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV sudah pasti antara bazar yang terunik menawarkan pelbagai pilihan makanan berbuka puasa dan telah dikenali sekian lama serta masih menjadi lokasi terbaik untuk memilih pelbagai juadah untuk berbuka.

Orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan bazar ini sekitar pukul 3.30 petang untuk memilih dan membeli juadah.

Antara yang mendapat sambutan ramai dan tumpuan pengunjung ialah gerai menjual air kelapa, ekoran sambutan yang menggalakkan peniaga terpaksa mendapatkan bekalan yang mencukupi sepanjang bulan Ramadan dengan membuat tempahan awal dari pembekal buah kelapa muda.

Gerai air kelapa muda mendapat sambutan memberansangkan

Gerai air kelapa muda mendapat sambutan memberansangkan

Raja Noorbayer Raja Ibrahim, 48, kakitangan kerajaan yang menjadi pengunjung tetap setiap kali datang bulan Ramadan berkata bazar ini menjadi tumpuan disebabkan letaknya di tengah pusat bandar Kota Bharu, berhampiran hospital dan disekitarnya ialah pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta ini memudahkan kakitangan kerajaan, swasta dan orang ramai berkunjung di sini.

“Di sini juga pelbagai pilihan makanan yang membuka selera boleh didapati, sebut sahaja apa yang dimahukan, Bazar Ramadan Perkarangan Stadium adalah tempatnya, Bazar Ramadan Stadium ini bagaikan syurga makanan,” tambahnya.

Menurut Mei Ah Lim, 42, antara pengunjung yang hadir membeli makanan berkata walaupun saya orang cina di bulan Ramadan adalah waktu sesuai mendapatkan makanan yang sedap-sedap dan lazat, biasanya Bazar Stadium popular dengan Nasi Beriani Arab.

“Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang merasai masakan orang melayu yang sedap-sedap,” katanya lagi.

Pengunjung daripada pelbagai kaum datang ke bazar ini untuk memilih dan membeli makanan yang sesuai mengikut selera tersendiri tanpa ada rasa ragu dan syak wasangka.

Perpaduan yang utuh dan kukuh di kalangan rakyat Malaysia menyerlahkan keharmonian dan bersama-sama mengecap nikmat keamanan selaras dengan saranan kerajaan ke arah Negara Rahmatan Lil – Alamin.

Jalan sepanjang 200 meter di pekarangan stadium dipenuhi deretan gerai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan moden dan tradisi negeri Kelantan di sini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda