Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Gotong Royong Menyediakan Bubur Lambuk Sempena Hari Ibu

By 13 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

PENAGA, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Jasa dan pengorbanan kaum wanita terutamanya yang telah bergelar ibu sememangnya tiada tandingannya, walaupun ada sifat lemah lembut, namun dengan kecekalan, tabah, sabar, kasih sayang telah menjadikan kaum hawa ini seseorang yang tabah menghadapi kehidupan harian.

Tanpa peranan daripada wanita, negara mungkin tidak akan dapat membangun seperti sekarang, sumbangan wanita dalam semua bidang iaitu politik, ekonomi, sosial dan agama sangat besar dan selayaknya diberi pengiktirafan, dengan tema ‘Seimbang Untuk Kesejahteraan’ mesej penting tahun ini adalah kaum wanita haruslah diberi peluang sama rata dalam pelbagai bidang.

Bertempat di masjid Asy-Syakirin Permatang Sintok, Penaga Program Memasak Bubur dianjurkan oleh kariah penduduk golongan wanita dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid.

Seramai 70 orang yang kebanyakkan terdiri daripada wanita telah terlibat membuat persiapan menyediakan bubur lambuk. Aktiviti membersihkan serta memotong bahan-bahan telah dilakukan bermula pada pukul 8.00 pagi.

kaum hawa bergotong royong menyediakan bahan-bahan yang diperlukan

kaum hawa bergotong royong menyediakan bahan-bahan yang diperlukan

Menurut tukang masak yang dikenali sebagai Abdul Rahim Yusof, 66, proses memasak bubur lambuk ini mengambil masa sekitar 3 jam untuk disiapkan.

“Sebelum proses memasak, bahan-bahan yang akan digunakan perlu disediakan terlebih dahulu kerana untuk memasukkan bahan-bahan tersebut mempunyai aturannya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh ketua tukang masak,” katanya.

Beliau yang merupakan seorang pesara askar, telah 20 tahun memyumbangkan khidmat bakti sebagai tukang masak masjid sini dan amat dikenali oleh penduduk sini dengan kepakarannya dalam masakkan.

Gambar kenangan antara meraka yang telibat menjayakan gotong royong mendiakan bubur lambuk

Gambar kenangan antara meraka yang telibat menjayakan gotong royong mendiakan bubur lambuk

Bagi Puan Che Sam Yahaya, 56, Sambutan Hari Ibu tahun ini berlainan sikit disebabkan jatuh pada bulan ramadan.

“Kebiasaannya anak-anak saya akan membelikan  kek dan masak di rumah untuk dimakan bersama ketika makan tengahari sempena sambutan hari ibu.

“Saya bersyukur kerana masih dapat melihat tiga orang anak yang telah berkeluarga dan berjaya dalam kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Program memasak bubur lambuk ini selesai pada pukul 12.00 tengahari dengan hasilnya tiga buah periuk besar dimasak dan sebanyak  1,350 pek bubur lambuk untuk edaran.

Tinggalkan komen anda