Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Mesin ATM Beras Pertama di Johor Bahru

By 29 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shah Hood (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Dalam usaha mewujudkan impak positif dalam masyarakat komuniti kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Johor Bahru, Kumpulan Sunway bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia memperkenalkan Auto Teller Machine (ATM) beras secara percuma buat golongan asnaf pertama di Johor Bahru yang bertempat di Masjid India, Jalan Duke, Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar, Gerard Soosay berkata setiap mesin ATM beras boleh merangkumi sejumlah 200 kilogram beras pada satu masa yang boleh membekalkan beras mengikut kuantiti yang dikehendaki. Ruang derma juga disediakan untuk mengumpul dan menerima wang tunai daripada orang ramai.

Tunku Idris menyaksikan demonstrasi pengeluaran beras dari mesin ATM beras

Tunku Idris menyaksikan demonstrasi pengeluaran beras dari mesin ATM beras

Bagi mengelakkan penyalahgunaan kemudahan ini, penggunaan kad elektronik yang dikenali sebagai Radio Frequency Indentification (RFID) telah diperkenalkan.

“Sejumlah kad RFID telah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum kepada penerima yang layak. Pemegang kad yang terdiri daripada golongan B40 dan asnaf ini pula kemudiannya boleh mengambil satu kilogram beras di mesin ini pada setiap hari Jumaat,” uajrnya.

Tunku Idris berkenan menyempurnakan gimik kacau bubur lambuk

Tunku Idris berkenan menyempurnakan gimik kacau bubur lambuk

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim menyempurnakan majlis penyerahan Mesin ATM Beras terebut. Baginda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia berkenan menyerahkan Mesin ATM Beras kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid India, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Tunku turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran bubur lambuk yang diadakan di perkarangan masjid sebelum berangkat ke dewan Masjid India bagi menyaksikan demonstrasi pengeluaran beras dari mesin ATM beras.

Sumbangan zakat daripada Bank Muamalat diserahkan kepada MAINJ

Sumbangan zakat daripada Bank Muamalat diserahkan kepada MAINJ

Sementara itu, sumbangan zakat daripada Bank Muamalat yang bernilai RM159,304.08 juga telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan bagi bersama-sama berkongsi rezeki, 180 golongan asnaf turut diberi sumbangan keperluan harian dan duit raya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar Gerard Soosay, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Dr. Badrul Hisham Kassim dan Pegawai Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir.

-EM

Tinggalkan komen anda