Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jauhkan Daripada Amalan Ekstremis Demi Keamanan Sejagat – MB

By 29 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Amirudin Shari, menyatakan jauhkan diri daripada amalan ekstremis di mana amalan yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat serta boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat di negeri ini.

Beliau berkata begitu ketika memberikan ucaptama sempena Sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 26 Mei yang lepas.

“Kita perlu menghargai keamanan yang telah wujud di sini dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkannya demi generasi yang akan datang,” kata Amirudin.

Tambah beliau lagi, “ciri-ciri kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan setiap insan ini wujud dalam setiap ajaran agama-agama utama di dunia ini dan perlu didekati dan diamalkan untuk kedamaian sejagat”.

Beliau turut menyatakan kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta sebagai bantuan kewangan kepada rumah ibadat selain masjid di negeri Selangor pada tahun ini dan peruntukan ini meliputi Tokong, Kuil, Gereja, dan Gudwara dan diselaraskan di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam.

“Kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa ini sejak 2008 yang dianggotai wakil-wakil daripada pertubuhan agama selain agama Islam termasuklah agama Buddha dan jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi membincangkan dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan hal ehwal rumah ibadat dari segi tanah dan lain-lain,” ujar Amirudin.

Turut hadir pada sambutan kali ini adalah EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian, dan EXCO Pemberdayaan, Pembagunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V. Ganabatirau.

-NAZ

Tinggalkan komen anda