Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri Sembilan

Penjawat Awam Perlu Komited Menggalas Tanggungjawab

By 3 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Ramasamy Amas / Siti Noorezrin Mahmod

JEMPOL, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Penjawat awam digesa menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi kerana ianya memberi impak terhadap apa yang dikecapi oleh masyarakat. Perkhidmatan yang terbaik dapat dicapai menerusi kerja berpasukan dan diumpamakan sebagai sebuah keluarga dan bukannya in silo (solo) dan hanya tertumpu kepada kepentingan agensi semata, demikian saranan Mas Midyawan Yahya.

Mas Midyawan yang juga Pegawai Daerah Jempol berkata, “Kakitangan kerajaan mempunyai hak masing-masing untuk menyokong mana-mana pihak tetapi sebagai warga penjawat awam kita mesti menyokong dan membantu melicinkan urusan pentadbiran kerajaan yang sedia ada (Government of the day),” jelasnya.

Pegawai Daerah Jempol menyampaikan amanat.

Pegawai Daerah Jempol menyampaikan amanat.

Memetik ucapan daripada YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir pada 29 April yang lalu, “Budaya Kesetiaan amat ditekankan. Sebelum Kemerdekaan, semua pegawai adalah lantikan kerajaan British. Setelah mencapai kemerdekaan hanya ada 3 Menteri dilantik oleh British kerana mereka  tidak yakin dengan kerajaan semasa sehingga mereka berkhidmat selama 3 tahun,” katanya.

“Kakitangan kerajaan perlu mengamalkan sikap Bersih, Cekap, Amanah. Bersih bermakna penuh integiri, budaya rasuah diketepikan, cekap tingkatkan ilmu dan patuhi Standard Operating Procedure (SOP) dan sentiasa mengamalkan sikap amanah,” tambah Mas Midyawan.

Beliau juga menyeru agar kakitangan kerajaan perlu segera memaklumkan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang memerlukan tindakan segera diambil oleh pihak berwajib supaya ia tidak ditularkan di media sosial.

Perhimpuan bulanan kali ini dihadiri lebih kurang 300 orang penjawat awam yang terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan dalam daerah Jempol.

 

-KN

Tinggalkan komen anda