Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Phoong Menteri Belia dan Sukan Baharu

By 17 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)

Kota Kinabalu, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N16, Luyang, Ginger Phoong Jin Zhe, 30, diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Frankie Poon Ming Fung yang kini mengambil alih tugas sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Ginger Phoong Jin Zhe.

Ginger Phoong Jin Zhe.

Phoong merupakan Setiausaha Publisiti Democratic Action Party (DAP) Sabah manakala Frankie, Menteri Belia dan Sukan Sabah sebelum ini, memangku jawatan berkenaan pada 4 April lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Kedua-dua pemimpin tersebut akan mengangkat sumpah jawatan pada Selasa depan, bersama Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng sebagai ADUN dilantik.

Shafie semasa sidang media pagi tadi.

Shafie semasa sidang media pagi tadi.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apadal di Terminal Sabah Air hari ini.

Tambah Shafie, tiada rombakan kabinet dilakukan pada masa ini dan pelantikan berkenaan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat selepas kematian Pengerusi DAP Sabah pada 28 Mac lepas.

EM

Tinggalkan komen anda