Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Cik Puan Muda Pahang Stabil

By 20 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pakar KPJ Pahang.

Cik Puan Muda Pahang selamat tiba di perkarangan KPJ Pahang jam 2.30 petang dan disusuli ketibaan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah pada jam 3.00 petang.

Dalam kejadian 9.00 pagi tadi, kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing mengakibatkan beliau mengalami kecederaan pinggang.

Sementara itu, pemandu MPV berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd Ali, 24, dan seorang pembantu rumah warga Filipina tidak mengalami kecederaan berat.

Difahamkan kenderaan dinaiki Cik Puan Julita Aishah dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan dan dipercayai pemandunya telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.

-KN

Tinggalkan komen anda