Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pembangunan Ekonomi Mampan Perlu Holistik – Shafie

By 18 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Keperluan memperkenalkan dasar-dasar ke arah pembangunan ekonomi mampan perlu merangkumi semua aspek (holistik) berbanding sebelum ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata keseimbangan keperluan jangka pendek dan jangka panjang perlu untuk pembangunan ekonomi yang inklusif.

Shafie semasa sidang akhbar.

Shafie semasa sidang akhbar.

“Negeri Sabah telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mengurangkan kemiskinan dengan kadar kemiskinan purata 2.9 peratus pada 2016 turun dari 4 peratus pada 2014.

“Sasaran ini boleh dicapai dengan meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan juga melalui usaha-usaha oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai program dan projek-projek pembasmian kemiskinan,” katanya ketika berucap merasmikan Forum “The New Sabah” di salah sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Tambah beliau, transformasi digital juga berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Selain itu, sektor pelancongan juga penyumbang terbesar dan dinamik bagi pembangunan ekonomi khususnya di negara-negara membangun.

Shafie (dua dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Majid (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Michael (kiri) dan Simon (kanan).

Shafie (dua dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Majid (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Michael (kiri) dan Simon (kanan).

“Sektor ini telah membantu kita beralih daripada pergantungan terhadap sektor pertanian dan pembuatan dengan kadar pertumbuhan serta perkembangan yang tinggi,” ujarnya.

Forum sehari itu dikendali oleh Kingsley Strategic Institute (KSI) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS).

-EM

Tinggalkan komen anda