Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pupuk Silaturahim Capai Keharmonian Bandar Raya

By 21 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Yaacob Hamud/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menganjurkan Rumah Tebuka Aidilfitri bagi memupuk silaturahim dalam mencapai kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian bandar raya ini.

Tun Juhar (duduk kanan) berbual dengan Nordin (duduk tengah) sambil disaksikan Samsuni Mohd Nor (duduk kiri) .

Tun Juhar (duduk kanan) berbual dengan Nordin (duduk tengah) sambil disaksikan Samsuni Mohd Nor (duduk kiri) .

“Diharapkan kerjasama, persefahaman dan persahabatan yang terjalin akan lebih erat bukan sahaja dalam kalangan kakitangan DBKK, malah antara jabatan dan juga seluruh masyarakat setempat,” ulas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (KK), Datuk Nordin Siman dalam majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang tetamu di DBKK, pada Rabu.

Nordin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (dua dari kanan).

Nordin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (dua dari kanan).

Majlis yang berlangsung di Dewan Masyarakat KK itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Dalam pada itu, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan duit raya dan hamper sumbangan Badan Dakwah Bandaraya KK, Perbadanan Baitulmal serta Pusat Zakat Sabah kepada 20 anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Lok Kawi Papar.

Antara persembahan tarian kebudayaan yang dipersembahkan pada majlis tersebut.

Antara persembahan tarian kebudayaan yang dipersembahkan pada majlis tersebut.

Selain menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan, para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian lagu-lagu hari raya daripada artis-artis tempatan.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali, Pembantu Menteri Undang Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

-EM

Tinggalkan komen anda