Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tumpahan Merkuri di Pangsapuri Birchwoord

By 19 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Satu kejadian tumpahan raksa atau merkuri berlaku di Pangsapuri Birchwood, Bandar Tasik Puteri, di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Pegawai Bomba Kanan II (PBK2), Mohd Syuhaizaal Ibrahim berkata, kejadian sekitar jam 8.11 malam tadi di tiga lokasi pangsapuri berkenaan dikesan di bahagian tangga dari tingkat satu hingga tingkat bawah.

“Pasukan bomba bertindak mengumpul tumpahan raksa tersebut sebelum membersihkannya menggunakan sulfur dan meneutralkan udara dengan campuran termasuk cecair peluntur.

“Dua lelaki berusia 15 tahun dan 44 tahun diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sungai Buloh setelah dikesan berada berhampiran lokasi tumpahan raksa tersebut,” katanya.

Pasukan bomba mengambil masa hampir tujuh jam untuk membersihkan tumpahan merkuri di Pangsapuri Birchwood, Bandar Tasik Puteri.

Pasukan bomba mengambil masa hampir tujuh jam untuk membersihkan tumpahan merkuri di Pangsapuri Birchwood, Bandar Tasik Puteri.

Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan 10 anggota dari BBP Batu Arang dengan 15 anggota Pakar Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Rawang dan Shah Alam.

“Operasi mengambil masa hampir tujuh jam dan selesai sepenuhnya kira-kira jam 3.30 pagi. Jumlah tumpahan raksa dianggarkan satu liter, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

“Individu yang terdedah dengan bahan kimia merkuri boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang seperti masalah kulit dan saraf,” katanya.

Katanya lagi, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda