Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gabungan Kesenian Islam dan Permotoran Ajak Anak Muda Mengimarahkan Masjid

By 10 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 10 Julai (Malaysiaaktif) – Penganjuran program “Islamic Bike Fest” (IBF 3.0) 2019 di pekarangan Masjid Abdullah Fahim Seberang Prai Utara, telah berjaya menarik penyertaan lebih 8,000 peminatĀ  penunggang motosikal tempatan dan antarabangsa seperti dari Indonesia, Singapura dan Thailand yang diadakan bermula dari 6 Julai sehingga 8 Julai. Dengan menggunakan bantuan platform media sosial seperti facebook bagi tujuan promosi, program ini telah mendapat perhatian dari seluruh negara.

Program yang diadakan buat kali ketiga telah dianjurkan oleh Northern Versys Owner Group (NVOG) denganĀ  kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat sambutan luar biasa kerana pengisian aktiviti program yang menarik dan padat seperti pameran motosikal berkuasa tinggi, motosikal kapchai, pertunjukkan silat, acara berkuda, acara memanah dan pelbagai lagi. Matlamat program ini diadakan adalah untuk mendekatkan golongan muda dengan masjid sekali gus memberi imej positif kepada ā€˜bikersā€™ dan ianya terbuka kepada pelbagai peringkat umur dan kaum untuk datang ke program tersebut.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas. Hadir sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Zulkifli Long dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Zulkifli Rashid.

Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Bin Hj Abbas merasmikan  Islamic Bike Fest (IBF 3.0)bagi tahun 2019

Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Bin Hj Abbas merasmikan Islamic Bike Fest (IBF 3.0)bagi tahun 2019

Penganjur Islamic Bike Fest 2019, Encik Reimi berkata, “Pelbagai aktiviti selama 3 hari ini telah disusun dengan begitu rapi bagi memastikan pelbagai acara dapat dijalankan dengan lancar dan memberikan kepuasan kepada semua pengunjung” . Beliau turut berterima kasih kepada pengurusan pentadbiran dan jawatankuasa masjid Abdullah Fahim serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang(JHEAIPP) kerana memberikan ruang dan peluang dan kerjasama yang sangat erat dalam memastikan acara program ini dapat diadakan.

Pengerusi Masjid Abdullah Fahim Seberang Prai Utara Ustaz Zulkhairy Ramli, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang menyokong dan telah datang beramai-ramai ke program ini.Menurutnya, “Gabungan diantara kesenian Islam dan kesenian pemotoran telah berjaya menarik anak-anak muda untuk mengimarahkan masjid dan seterusnya dapat memastikan kegemilangan cara hidup Islam dapat disebarkan secara lebih tepat,”

Pelbagai pengisian yang menarik sepanjang 3 hari 2 malam diantaranya pertunjukan motosikal seperti aksi ā€˜stuntā€™ Apollo Bennelli dan pameran motosikal klasik, demonstrasi pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pertandingan Mewarna kanak-kanak serta turut dihidangkan dengan ceramah agama oleh beberapa penceramah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hanafiah Malik dan banyak lagi.

Tinggalkan komen anda