Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Gerhana Bulan Separa, 17 Julai Ini

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Azman Jumat/Mohammad Redzuan Tahar (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa pada Rabu, 17 Julai bermula 04.01 pagi hingga 06.50 pagi.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata orang ramai yang ingin melihat fenomena tersebut dengan lebih jelas boleh hadir ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah bermula pukul 4 pagi.

Mufti Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar (tengah) memeriksa peralatan yang akan digunakan semasa cerapan gerhana nanti.

Mufti Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar (tengah) memeriksa peralatan yang akan digunakan semasa cerapan gerhana nanti.

“Pihak balai cerap akan menyediakan lima teleskop bagi memudahkan orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas kejadian fenomena ciptaan Allah swt ini, dan kita juga berharap masyarakat setempat akan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan antaranya solat sunat gerhana serta kuliah pagi yang memberi penerangan berkenaan fenomena ini.

Gambarajah fasa-fasa Gerhana Bulan Separa - sumber: Planetarium Negara

Gambarajah fasa-fasa Gerhana Bulan Separa – sumber: Planetarium Negara

“Program cerapan ini turut dibuka kepada mereka yang bukan Islam untuk bersama-sama menyaksikan fenomena ini,” kongsinya kepada media.

Fasa Awal Penumbra dijangka berlaku pada 2.43 pagi, Fasa Awal Umbra 4.01 minit pagi diikuti Kemuncak Gerhana 5.30 pagi, Fasa Akhir Umbra pada 6.59 pagi dan Fasa Akhir Penumbra pada 7.17 pagi.

-SH

Tinggalkan komen anda