Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival TVET Kedah Penuhi Pasaran Kerja dan Industri

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (Kismec) Kulim membuka pintu kampusnya dengan menganjurkan Karnival Pembangunan Kemahiran Pendidikan TVET@Kedah 2019.

Sambutan yang menggalakkan ini memberi impak positif kepada kerajaan terutamanya dalam bidang pendidikan untuk memenuhi pasaran kerja dan industri.

Menurut EXCO Pendidikan, Sumber Manusia dan Pembangunan Modal Insan Negeri Kedah Dr Salmee Said, bagi mencapai impian sebuah negara maju berpendapatan tinggi, negara memerlukan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing dan berkualiti.

“Justeru, pembangunan kemahiran dengan memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan memenuhi permintaan sumber manusia yang sangat penting ketika ini.

“Hal ini bersesuaian dengan objektif Karnival yang diadakan demi melonjakkan mutu pendidikan dan modal insan,” katanya kwtika merasmikan karnival berkenaan, di sini semalam.

Karnival ini menggabungkan institusi-institusi TVET seluruh Negeri Kedah seperti Kolej Vokasional, Giatmara, ADTEC Mahang, UniKL MSI, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd, SLC Auto Academy, Insitut Kemahiran Langkasuka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Lela Pahlawan, SMK Sultan Badlishah dan SMK Taman Selasih.

Pameran digital dan kemahiran vokasional yang dihasilkan oleh pelajar institusi TVET diperkenalkan dan memberi kejutan kepada para pengunjung.

-SH

Tinggalkan komen anda