Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

“Hadiah Untuk Mak”

By 22 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mawarni Ismail(Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Jul (Malaysiaaktif) – “Hadiah ini untuk mak”. Begitulah ungkapan adik Muhammad Nazmi Lufti Amzar Bin Baharum ,15 setelah diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah berupa pakej mengerjakan umrah untuk 2 orang tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Beliau yang merupakan pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Ansar Matar, Balik Pulau melahirkan rasa terkejut dan terharu apabila pihak penganjur menghubunginya petang kelmarin memaklumkan mengenai kemenanganya itu.

Muhammad Nazmi hadir pada sebelah malam bersama ibunya bagi mengambil hadiah dari pihak penganjur. Beliau ketika ditemui masih dalam keadaan terkejut kerana tidak menaruh sebarang harapan terhadap cabutan bertuah tersebut. Beliau dan ibunya sekadar mencuba nasib kerana tidak pernah memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah sebelum ini.

Menurut ibunya Muhammad Nazmi ada berhasrat untuk memiliki   telefon bimbit yang baru. Namun, beliau merasa amat bersyukur dengan hadiah yang diterima. Beliau juga menyatakan bahawa Umrah tersebut akan dikerjakan bersama ibunya dan ini merupakan ‘hadiah untuk mak’.

Muhammad Nazmi bersama ibunya Pn. Rodziah

Muhammad Nazmi bersama ibunya Pn. Rodziah

Sebanyak 53 buah  hadiah dan 7 darinya merupakan hadiah utama telah diketahui pemenangnya sempena Balik Pulau Festival dari 19-21 Julai 2019 bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau.
Majlis cabutan bertuah tersebut, telah di sempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau YB Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik itu menyajikan pelbagai hadiah menarik antaranya seperti pakej Umrah/percutian ke Turkey, tiket penerbangan ke Korea, India, Doha, pakej penginapan hotel 5 bintang, hadiah misteri dan lain-lain lagi sempena Majlis Penutup Balik Pulau Festival.

-II-

Tinggalkan komen anda