Skip to main content
Berita TempatanSabah

SOGCE Platform Perbincangan Industri Minyak dan Gas

By 14 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Sabah (SOGCE) merupakan satu-satunya persidangan yang menyediakan platform untuk syarikat-syarikat berkaitan bertemu dan membincangkan mengenai isu industri berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata persidangan seumpama ini membolehkan pandangan mengenai hala tuju industri dari semua pihak dapat diambil kira dan dipertimbangkan.

“Perkongsian pada pertemuan sebegini dapat membantu membangunkan serta meneroka peluang dalam sektor minyak dan gas di Sabah.

Shafie (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama ketua-ketua eksekutif syarikat minyak yang mengambil bahagian dalam pameran SOGCE.

Shafie (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama ketua-ketua eksekutif syarikat minyak yang mengambil bahagian dalam pameran SOGCE.

“Sebagai pengeluar minyak dan gas, penting bagi kita memastikan supaya penyertaan di peringkat akar umbi dapat dinikmati bersama seperti peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Menyedari hakikat industri yang berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran, kerjasama antara kerajaan negeri dan pengusaha syarikat minyak di negara kita adalah sangat penting.

“Hal ini demikian agar industri ini dapat dibantu dan kemajuannya tidak terbantut akibat tekanan-tekanan yang dihadapi,” katanya ketika merasmikan edisi ketujuh persidangan itu di salah sebuah hotel terkemuka, di sini baru-baru ini.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu disertai oleh syarikat minyak tempatan serta beberapa syarikat dari dalam dan luar negara.

-SH

Tinggalkan komen anda