Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

My Best Buy Tawar Harga Rendah Kepada Pengunjung

By 2 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khairuzzaki Ahmad/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Jualan buah bermusim mendapat sambutan menggalakkan sempena Program My Best Buy (MBB) di Pasar Tani Kekal Datin Halimah semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasakan Program My Best Buy (MBB) bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan penjimatan harga antara 5 hingga 20 peratus dari harga pasaran semasa.

Program My Best Buy (MBB) peluang untuk pengguna dapatkan barangan segar dengan harga berpatutan

Program My Best Buy (MBB) peluang untuk pengguna dapatkan barangan segar dengan harga berpatutan

Program My Best Buy (MBB) merupakan program diuruskan oleh FAMA berkonsepkan ala mini pasar tani yang dilaksanakan dari tahun 2014 hingga kini dan melalui program ini, pengguna dapat jimat berbelanja bagi barangan keperluan terpilih seperti ayam, ikan, daging, sayur dan buah-buahan serta produk proses dan Agromas.

Menurut Timbalan Pengarah FAMA Negeri Johor, Shahrizan Sudiman, melalui Program My Best Buy (MBB) pengguna ditawarkan produk harga berpatutan dengan kualiti tinggi dan penglibatan Konsep Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) juga dapat membantu mencapai objektif program sebagai platform pemasaran yang menawarkan jualan terus hasil ladang kepada pengguna.

Durian antara buah bermusim yang turut dijual di Program My Best Buy

Durian antara buah bermusim yang turut dijual di Program My Best Buy

“Program jualan seumpama ini akan diadakan di Tapak Parkir Pasar Tani Kekal (PTK) Datin Halimah setiap bulan pada hari isnin minggu gaji kakitangan awam sebagai langkah kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, selain mendidik rakyat berbelanja secara berhemat.

“Jualan bermusim secara kombo seperti durian juga ditawarkan dengan jaminan kualiti terbaik dengan harga berpatutan,” katanya semasa sidang media Majlis Pelancaran Program Jualan Buah Bermusim @My Best Buy di Pasar Tani Kekal Datin Halimah.

Antara produk tani yang dijual.

Antara produk tani yang dijual.

Menurut salah seorang peniaga daging segar, Mohd Hafiz Suradi, 33, beliau berkata jualannya mendapat sambutan kerana pengunjung boleh mendapatkan daging segar dengan harga berpatutan dan promosi iaitu hanya RM30 sekilo.

Sementara itu salah seorang peniaga ayam segar, Mohd Fikri, 28, menjual ayam segar dengan harga promosi iaitu RM10 seekor.

Produk proses dan Agromas turut ditawarkan kepada pengunjung

Produk proses dan Agromas turut ditawarkan kepada pengunjung

“Program ini akan lebih memudahkan kerana satu tempat pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan yang dikehendaki,” ujarnya.

Sebagai permulaan, FAMA negeri Johor akan mengadakan jualan buah-buahan di lebih 40 buah lokasi jualan seluruh negeri dengan anggaran kuantiti jualan sebanyak 1,000 tan metrik dan nilai jualan sebanyak RM8 juta sepanjang Julai hingga September tahun ini.

Shahrizan semasa sidang media Pelancaran Program Jualan Buah Bermusim @MyBest Buy di Pasar Tani Kekal Datin Halimah

Shahrizan semasa sidang media Pelancaran Program Jualan Buah Bermusim @MyBest Buy di Pasar Tani Kekal Datin Halimah

Antara lokasi jualan termasuklah jualan di Pejabat-pejabat kerajaan daerah, sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan juga di outlet pemasaran FAMA seperti pasar tani dan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS).

Seramai 35 orang usahawan terlibat dalam jualan My Best Buy (MBB) termasuk 10 orang usahawan muda.

-EM

Tinggalkan komen anda