Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

683 Penerima Anugerah Kecemerlangan Dirai

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bersama Kerajaan Negeri telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah dan Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka bagi tahun 2018 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Majlis penyampaian ini telah melibatkan 365 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 270 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 28 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan 20 pelajar Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Menurut Adly, anugerah ini adalah selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk meningkatkan motivasi pelajar dan mengekalkan momentum kecemerlangan dalam bidang kurikulum mahupun sahsiah diri bagi memastikan para pelajar ini dapat menjadi penyumbang terhadap jati diri dan kebolehan daya saing negara.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad turut sama hadir dalam majlis semalam.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad turut hadir dalam majlis semalam.

“Kerajaan Negeri sentiasa berharap agar sekolah-sekolah di Melaka akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang diceburi dan seterusnya dapat mengharumkan nama Melaka dipersada antarabangsa,” ujar beliau.

Pengurus Besar TAPEM, Azrin Abd Majid ditemui berkata,  penyampaian anugerah ini juga memfokuskan kepada 8 buah sekolah yang mempamerkan prestasi yang cemerlang dan memperuntukkan hampir RM10,500 kepada sekolah –sekolah yang terbabit.

“Setiap penganugerahan sekolah cemerlang ini adalah mengikut kategori dan menjadikan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Melaka,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Hasim Hasan dan Exco Pendidikan, Modal Insan , Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad.

-KN

Tinggalkan komen anda