Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pendedahan Kisah Ketokohan Perdana Menteri Terdahulu dan terkini kepada Pelajar

By 29 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ Foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rembau mengadakan Program Amalan Demokrasi Berparlimen untuk pelajar-pelajar dari lima Kelab Malaysiaku dari sekolah-sekolah menengah di daerah Rembau yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau kelmarin.

Latihan Dalam Kumpulan pelajar Kelab Malaysiaku.

Latihan Dalam Kumpulan pelajar Kelab Malaysiaku.

“Aktiviti yang dilaksanakan merangkumi sesi ceramah berkaitan sistem perjalanan parlimen di Malaysia serta ceramah berkaitan taraf kelayakan umur mengundi rakyat Malaysia dari umur 21 kepada 18 tahun,” kata Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus ketika ditemui dalam Program Amalan Demokrasi Berparlimen di sekolah SMK Undang Rembau.

Sesi latihan dalam kumpulan telah diketuai oleh Puan Kogilavani Saman dari Jabatan Penerangan Malaysia  Negeri Sembilan yang mana beliau mengadakan sesi soalan dan latihan berkumpulan mengenai empat tokoh Perdana Menteri Malaysia terdahulu dan Perdana Menteri terkini. Para pelajar diminta menyenaraikan sumbangan yang telah tokoh-tokoh berkenaan sumbangkan kepada negara.

Rata-rata pelajar yang ditemui amat berbesar hati terpilih untuk hadir pada program yang memberikan mereka pendedahan kisah ketokohan bekas Perdana Menteri terdahulu juga Perdana Menteri terkini Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dijalankan oleh rakan-rakan dari sekolah lain diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara mereka yang jarang bertemu,” ujar Kogilavani lagi.

Malini Yunus menyampaikan ucapan.

Malini Yunus menyampaikan ucapan.

“Pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini diharapkan dapat memberikan atau berkongsi ilmu yang mereka dapat semasa Program Amalan Demokrasi Berparlimen di SMK Undang Rembau bersama rakan-rakan sekolah mereka yang tidak terpilih agar mereka juga dapat mengetahui lebih mendalam tentang aktiviti Kelab Malaysiaku yang dibawakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Rembau,” ujar guru SMK Undang Rembau, Harini Mahat.

Perasmian penutup Program Amalan Demokrasi Berparlimen Kelab Malaysiaku Daerah Rembau telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Shabli Arshad di Dewan Anggerik SMK Undang Rembau.

-KN

Tinggalkan komen anda