Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penjawat Awam Kelantan Terbuka Demi Kemakmuran Bersama

By 10 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Un Suat Fern (Kelantan)

KOTA BHARU, 10 Jul (Malaysiaaktif)- Majlis Silaturrahmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Bersama Penjawat Awam telah diadakan di Perkarangan Wisma Persekutuan Negeri Kelantan tengah hari tadi setelah selesai Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri(MTNg) Kelantan.

Lebih 1,000 orang penjawat awam dianggarkan dari jabatan dan agensi kerajaan persekutuan, negeri, swasta serta NGO menghadiri program ini.

Di kalangan penjawat awam yang ditemui berpandangan positif terhadap Majlis Silaturrahmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Bersama Penjawat Awam ini.

Norilakasmanira Noor, 45, Pegawai Perhubungan Perusahaan berkata Negeri Kelantan sangat beruntung kerana pelbagai limpahan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan persekutuan akan membawa kemakmuran yang diharapkan selama ini.

Kakitangan awam mengambil peluang berselfie bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Kakitangan awam mengambil peluang berselfie bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi

“Saya yakin dan percaya, pembangunan yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang ditetapkan demi kemudahan kami rakyat Kelantan,” tambahnya lagi.

Rata-rata kakitangan awam ditemui amat berharap perancangan-perancangan yang ditetapkan akan dapat disempurnakan demi pembangunan negeri Kelantan yang masih lagi ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain yang maju di Malaysia.

Pembangunan yang dibawa ke Kelantan oleh kerajaan PH selaras dengan Gagasan Kemakmuran Bersama yang telah dilancarkan oleh PM pada 9 Mei yang lalu.

-NAZ

Tinggalkan komen anda