Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pesara Digalak Sumbang Idea Kreatif

Laporan/foto: Daniel Jong/ Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Tiga orang anggota Jabatan Penerangan Negeri Sembilan diraikan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Casa Lagenda (CLCC) di Paroi, semalam.

Majlis diadakan sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti pesara sepanjang perkhidmatan mereka di jabatan ini.

Mereka yang diraikan adalah mantan Penolong Pengarah Penerangan Negeri, Tengku Badli Tengku Zalli serta Kamarus Abd. Aziz dan Razali Bakar, masing-masing berkhidmat di Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin.

Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Haji Sabarudin Yeop Hamza berkata, setelah bersara dari perkhidmatan mereka digalakkan untuk terus menyumbangkan buah fikiran dan pandangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan fungsi jabatan ini.

“Mungkin dahulu atas faktor kesibukan menangani tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, kita mempunyai kekangan masa yang mencukupi untuk berfikir secara kreatif tentang perkara-perkara yang boleh ditambahbaik. Kini semua boleh menilai sendiri tahap perkhidmatan yang disediakan.”

“Saya amat mengalu-alukan tuan puan para pesara agar terus beri cadangan untuk penambahbaikan kepada jabatan ini,” tambah Haji Sabarudin.

Dalam pada itu, Sabarudin juga memberitahu bahawa Jabatan Penerangan kini telah mempunyai tanggungjawab tambahan untuk mengendalikan penggunaan media sosial khususnya untuk membantu memasarkan dasar dan pencapaian kerajaan baru ini.

Beliau juga turut mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan sehingga boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan.

Sabarudin (tengah) bersama pesara yang diraikan.

Sabarudin (tengah) bersama pesara yang diraikan.

 

-KN

 

Tinggalkan komen anda