Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Boling Padang Labuan Sasar Dua Emas Karnival Bakat Kebangsaan

By 5 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 5 Julai (Malaysiaaktif) – Pasukan Boling Padang Labuan menyasarkan membawa pulang dua emas di Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1 yang berlangsung pada 11 -14 Julai ini di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara.

Menurut Pengurus Pasukan, Aisah Alias, pencapaian membanggakan pada tahun lalu iaitu pingat perak menerusi acara Women Fours dan Gangsa menerusi acara Men Fours memberi keyakinan kepada mereka untuk meletakkan sasaran emas pada edisi kali ini.

“Pencapaian pada penyertaan pertama tahun lalu memberi sedikit keyakinan kepada skuad kali ini untuk mengintai peluang membawa pulang pingat emas ke Labuan.

“Barisan pemain yang membawa cabaran kali ini sudah menjalani persediaan dan latihan selama dua tahun dan kita yakin Labuan mampu memberi saingan terbaik sekaligus memperbaiki pencapaian terdahulu,” katanya yang ditemui semalam.

Pengurus Pasukan, Aisah Alias (kanan) dan jurulatih pemain, Hassan Hussein (kiri)

Pengurus Pasukan, Aisah Alias (kanan) dan jurulatih pemain, Hassan Hussein (kiri)

Pemain yang membarisi pasukan Labuan juga katanya mempunyai pengalaman bermain dan menyertai beberapa kejohanan di dalam dan luar Labuan sejak 2015.

“Berkat sokongan dan dorongan pelbagai pihak termasuk para ibu bapa, Persatuan Lawn Bowls Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan, kita yakin pemain-pemain yang berusia bawah 15 tahun ini bertambah matang serta mempunyai kekuatan mental yang cukup bagi menghadapi saingan di peringkat kebangsaan nanti,” tambahnya.

Pemain-pemain Labuan yang dibimbing Jurulatih, Hassan Hussein kali ini dibarisi Faris Syuhairil Ahmad Shukri, 14, Md Amirul Naim Fazly, 12, Mohamad Hafiz Roslan, 11, Abdul Hannan Hassan, 11, Nur Khairunnisa Mohd Khairee, 13, Nurul Husna Suraiya Yunus, 14, Nur Aimileeya Ismail, 11 dan Aqilah Syazwani Rosland, 13.

-EM

Tinggalkan komen anda