Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Janjikan Kelainan

By 30 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan, menjanjikan kelainan pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Pahlawan, 3 Ogos ini.

Menurut Hasim, setiap pengunjung yang hadir berpeluang untuk mengabadikan kenangan melalui sesi fotografi yang dikendalikan Jabatan Penerangan, di mana foto yang dihasilkan akan dijadikan sebagai montaj gimik pelancaran sempena pada malam itu.

“Satu kelainan yang telah dirancang pada tahun ini adalah, setiap pengunjung akan dirakam fotonya dan foto itu akan dimuat naik supaya dapat dijadikan montaj, dan montaj tersebut akan ditayangkan di skrin besar yang akan ditempatkan di tempat-tempat tertentu di padang tersebut.

“Ini merupakan kali pertama sistem sebegini rupa dimuat naik untuk dijadikan montaj kepada program kita,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Hasim lagi, segala persiapan telah dilaksana bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai kemeriahan sambutan kali ini.

“Dijangka lebib 30,000 orang akan hadir pada pelancaran itu yang turut diisi dengan pertunjukkan bunga api beraneka formasi.

“Program tiga hari yang bermula 2 Ogos ini turut diisi dengan Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Program Zikir Asma al-Husna, Program Doa Sayangi Malaysiaku Bersih bagi penganut agama lain, konsert daripada artis ternama tanah air dan larian ria,” katanya lagi.

Tema Hari Kebangsaan Tahun ini ditetapkan “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” dan pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

-SH

Tinggalkan komen anda