Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk Hadiri Istiadat Pertabalan

By 30 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan selamat tiba di sini pagi ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.46 pagi disambut oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Baginda merupakan antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi menghadiri istiadat pertabalan itu selain Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang telah tiba semalam.

Sheikh Mohamed Zayed juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya petang ini sebelum berangkat pulang malam ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda