Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

10 Ribu Bakal Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Sabah 2019

By 31 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/ Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU,30 Ogos (Malaysiaaktif) – Dijangka lebih 10 ribu pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan acara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2019 di Jalan Tun Fuad Stephens pada 31 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019, Datuk Peter Anthony berkata, bagi mengelak kesesakkan lalu lintas, orang awam digalakkan untuk datang awal pada hari tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersedia menjalankan kawalan keselamatan bagi melancarkan acara berkenaan.

Peter (duduk di tengah) tekun melihat raptai penuh tersebut.

Peter (duduk di tengah) tekun melihat raptai penuh tersebut.

“Pada tahun ini terdapat penambahan 22 kontinjen perbarisan menjadikan sebanyak 172 kontinjen yang akan menyertai acara perbarisan berbanding pada tahun lepas,” ujarnya.

Antara kontinjen yang terlibat dalam acara perbarisan adalah Pasukan Bola Sepak Sabah, Unduk Ngadau,Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), PDRM serta penerbangan lintas hormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain deklamasi sajak khas, persembahan tarian dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Dalam pada itu, Peter turut berharap agar orang ramai yang akan hadir tidak melepaskan peluang mendapatkan buah-buahan tempatan secara percuma daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI).

Kolej Vokasional Likas juga turut terlibat dalam raptai tersebut.

Kolej Vokasional Likas juga turut terlibat dalam raptai tersebut.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata demikian kepada media selepas menyaksikan raptai sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2019 di Jalan Tun Fuad Stephens pada Khamis.

Hadir sama pada raptai tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Abdul Muis Picho, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.

ER

Tinggalkan komen anda