Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeMASabah

Toh Puan Terima Kunjungan KESUMBA dan TASKA Sabah

By 31 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/ Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU,30 Ogos (Malaysiaaktif) – Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menerima kunjungan hormat Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), Dr Amalina Abdullah dan rombongan di Istana Negeri, pada Isnin.

Amalina berkata, tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membentang pelan aktiviti yang telah dirancang oleh kelab berkenaan bermula Ogos tahun ini hingga November 2020.

KENANGAN.... Toh Puan (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Amalina (duduk kiri) dan rombongan KESUMBA.

KENANGAN…. Toh Puan (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Amalina (duduk kiri) dan rombongan KESUMBA.

“Sebanyak 40 aktiviti telah dirancang melibatkan program kebajikan, kesihatan dan sukan kepada lebih 480 ahli KESUMBA.

“Walaupun ianya agak padat, kita akan sesuaikan dengan masa mengikut jadual memandangkan aktiviti yang telah dirancang merupakan aktiviti berbentuk santai, ilmiah dan lawatan dalam dan luar negara.

“Antara aktiviti berkenaan adalah Program Perkongsian Ilmu, Kempen ‘Eco Bag’, Ceramah Kesihatan dan Kunci Kesejahteraan, Program “Wanita, Sayangi Diri Anda”, Lawatan ke Bangkok/Taiwan, Seminar Muslimah Professional, Makan Malam Amal KESUMBA dan lain-lain lagi,” katanya.

KENANGAN... Toh Puan (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Taska Sabah.

KENANGAN… Toh Puan (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Taska Sabah.

Pada kunjungan berkenaan juga Toh Puan Norlidah turut diperkenalkan dengan barisan Exco Tertinggi KESUMA bagi sesi 2019 hingga 2022.

Terdahulu, turut membuat kunjungan hormat ialah Presiden Persatuan Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak Sabah, Nabsia Yunus dan rombongan yang berhasrat menjemput Toh Puan Norlidah sebagai penaung TASKA Sabah.

ER

Tinggalkan komen anda