Laporan/foto: Norus Saadah / Edi Rizam (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) –Â Belia dari Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) muncul âwiraâ antara ribuan belia yang hadir pada Acara Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya hari ini apabila mereka membantu mengutip sampah di sekitar kawasan acara.
seramai 30 orang Belia Gema Malaysia cawangan Kuala Lumpur dan Selangor mengambil bahagian dalam acara âploggingâ iaitu aktiviti mengutip sampah sambil berjoging.
Salah seorang Jurutera juga sukarelawan GEMA Mohd Naufal 31, menyifatkan iniasitif tersebut merupakan acara yang dibuat sejak 2017 bertujuan untuk menyemai sikap sukarelawan di kalangan rakyat dan pada masa sama, bertanggungjawab menjaga kebersihan.
âJumlah sampah yang dikutip kali ini amat berkurangan berbanding tahun lepas sekali gus membuktikan tahap kesedaran orang awam terhadap kebersihan semakin meningkat dan membanggakanâ.
Katanya lagi, program sukarelawan seperti ini akan diteruskan sebagai salah satu usaha GEMA dalam menyumbang kepada masyarakat dan negara
“Tema sambutan kali ini, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih juga bersesuaian dengan aktiviti yang kita lakukan ini bagi mendidik masyarakat budaya mengutip sampah dan semangat cintakan Malaysia melalui penjagaan kebersihan alam sekitar.
âini juga cara kami menzahirkan semangat cintakan negara dengan memastikan kebersihan dan kesejahteraan dan ini bukan hanya tanggungjawab pihak kerajaan. Tambah beliau.
meraka juga menyampaikan mesej penjagaan alam sekitar kepada masyarakat dengan memakai baju Green House dan plakad âSandwich Manâ ketika melakukan aktiviti plogging tersebut.
ER