Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hormati Jalur Gemilang Sebagai Lambang Cinta Pada Negara

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/ Marusin Minuddin/ Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat perlu menghormati dan menghayati Jalur Gemilang dan meletakkannya ditempat yang sewajarnya sebagai lambang cinta pada negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata , Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan rakyat Malaysia, ia harus dihormati, jangan sesuka hati letak ditempat tidak sepatutnya agar dapat dielakkan daripada dipijak,” katanya ketika menyabut Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di sini pada Sabtu.

“Bendera ini bukan saja menjadi kebanggaan kita tetapi ia juga melambangkan kerukunan serta perpaduan rakyat Malaysia.

Tambah beliau, penghinaan terhadap bendera Malaysia bermakna sama seperti menghina maruah diri sendiri, pengibaran Jalur Gemilang tidak seharusnya bermusim sebaliknya ianya perlu sentiasa dikibarkan.

Pelepasan Konvoi KMJG 2019 oleh Jaujan (empat dari kanan)

Pelepasan Konvoi KMJG 2019 oleh Jaujan (empat dari kanan)

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kehadiran ramai orang awam dalam sambutan Konvoi Kembara Merdeka di sini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai kesedaran tinggi atas penghormatan kepada sambutan Bulan Kebangsaan.

Katanya, sambutan hari kemerdekaan adalah satu khazanah yang tidak ternilai kepada setiap insan rakyat Malaysia dan ianya harus menjadi kebanggaan semua.

“Program ini perlu terus diadakan untuk menyemerakkan semangat patriotik dikalangan rakyat khususnya generasi muda supaya menghargai dan terus mempertahankan kelangsungan perjuangan pemimpin kita terdahulu untuk membebaskan Malaysia daripada penjajahan seterusnya mencapai kemerdekaan.

“Rakyat perlu bersatu padu dan bersama-sama membantu kerajaan mempertahankan serta mengisi kemerdekaan ini tanpa sebarang prejudis agar Malaysia khususnya Sabah terus menikmati pembangunan dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi,” katanya.

Peserta KMJG 2019 merakamkan gambar kenangan bersama Pegawai Daerah dan warga Kolej Komuniti Lahad Datu.

Peserta KMJG 2019 merakamkan gambar kenangan bersama Pegawai Daerah dan warga Kolej Komuniti Lahad Datu.

Terdahulu, konvoi yang bermalam di Lahad Datu dilepaskan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Dr. Mohammad Ayub Yakob di Perkarangan Kolej Komuniti Lahad Datu kira-kira jam 8.30 pagi.

Konvoi KMJG sebelum itu singgah di Kampung Kokos dan SMK Madai untuk acara sambutan kemedekaan serta edaran Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi, Patrick Laing Ngau sebelum ke destinasi seterusnya iaitu Kunak, Semporna dan Taman Sawit Balung, Tawau.

ER

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda