Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Zahir Semangat Patriotik Melalui Kayuhan Santai “Merdeka Fun Ride”

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam(Putrajaya) 

CYBERJAYA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira 500 peserta menyertai program Kayuhan ‘Merdeka Fun Ride 2019’ (MFR) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sempena menyambut Bulan Kebangsaan tahun ini, di sini pagi tadi.

Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Sing Deo, berkata program ini dianjurkan bagi menyemai dan meningkatkan lagi semangat patriotisme sepena Bulan Kebangsaan kali ini.

Kumpulan peserta dari ‘Digi Communication’

Kumpulan peserta dari ‘Digi telecommunication’

“Program hari ini berjaya menarik minat seramai 500 peserta pelbagai kaum dan latar belakang agensi di bawah KKMM dan wakil-wakil syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi.

“Saya berharap program (MFR) pada hari ini dapat menjadi landasan yang kukuh dalam memupuk semangat kerjasama serta setia kawan dan penuh muhibah dalam kalangan semua agensi di bawah KKMM dan semua pemain industri.

Wakil Peserta dari ‘Maxis Telecommunications’

Wakil Peserta dari ‘Maxis Telecommunications’

“MFR ini juga merupakan platform bagi semua pihak untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain seterusnya mewujudkan hubungan yang sihat, bersatu padu dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam menyambut Bulan Kebangsaan yang ke-62 tahun ini,” katanya melalui teks ucapan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahamad sebelum memulakan kayuhan.

Wakil dari Pos Malaysia menghias basikal mereka dengan Jalur Gemilang

Wakil dari Pos Malaysia menghias basikal ikonik mereka yang digunakan pada tahun 60-an untuk menghantar surat dengan Jalur Gemilang

Suriani, berkata program MFR juga bertujuaan memupuk gaya hidup sihat di samping menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Suriani ketika menyampaikan ucapan mewakil Menteri KKMM Gobind Singh Deo

Suriani ketika menyampaikan ucapan mewakil Menteri KKMM Gobind Singh Deo

“Selain kita berkerja setiap hari, hari ini adalah untuk kita hilangkan stres dan secara tidak langsung menjalankan kehidupan serta meningkatkan semangat cintakan negara,” katanya lagi.

Suriani turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil agensi KKMM dan syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi.

Suriani dan Al-Ishsal ketika menyanyikan lagi Jalur Gemilang bersama-sama para peserta sebelum memulakan kayuhan

Suriani dan Al-Ishsal ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama-sama para peserta sebelum memulakan kayuhan

Cuaca hujan sejak awal pagi menyebabkan penganjur memendekkan laluan MFR daripada 20 kilometer ke 10 kilometer, namun tidak mematahkan semangat para peserta untuk terus berkayuh bersama-sama Ketua Setiausaha KKMM itu.

Wakil wakil agensi KKMM dan Pemberi perkhidmatan komunikasi ketika menerima Jalur Gemilang dari Suriani

Wakil-wakil agensi KKMM dan Pemberi perkhidmatan komunikasi ketika menerima Jalur Gemilang dari Suriani

Turut hadir pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak, pengurusan kanan agensi dibawah KKMM serta wakil-wakil dari pemberi perkhidmatan telekomunikasi.

-SH

Tinggalkan komen anda