Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Simulasi Pengurusan Bencana Uji Kesiapsiagaan Jentera dan Agensi Kerajaan

By 23 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad / Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 23 OGOS (Malaysiaaktif)  – Berdepan dengan pelbagai bencana alam yang mungkin berlaku dengan tidak mengira masa, tempat dan sebagainya, perkara yang paling penting adalah tindakan segera yang harus diambil ketika itu, kementerian, Jabatan, agensi haruslah bertindak mengikut pelan kecemasan agensi masing-masing.

Demikian kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Ik Pahon ak Joyik, semasa majlis penutupan Latih Amal Arahan MKN No.20 Dan 21 anjuran oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sarawak dengan kerjasama Independent Oil Terminal Senari, Kuching di sini, pagi tadi.

Latih Amal telah berlangsung mulai 21 hingga 23 Ogos 2019 bermula dengan taklimat akademik, table top exercise dan diikuti oleh latih amal scala penuh.

latih amal pegurusan tumpahan minyak

latih amal pegurusan tumpahan minyak

Latih amal ini diadakan berdasarkan senario kejadian letupan gas LPG di Independent Oil Terminal (IOT) Senari.

Latihan simulasi kejadian bencana industriTahap 1 di peringkat Bahagian Kuching kali ini melibatkan 28 buah agensi keselamatan dan penguatkuasaan di Sarawak termasuk juga penduduk dari Kampung Senari dan Goeblit, jelasnya.

Menurut beliau, matlamat latih amal ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) Independent Oil Terminal Sdn. Bhd. serta Jabatan dan agensi dijalankan mengikut Arahan MKN No. 20 dan Arahan MKN No.2.

Antara lain adalah untuk memantapkan komunikasi antara semua agensi terlibat semasa mengendalikan insiden bencana industri dan situasi ancaman ketenteraman awam.

Senario Rusuhan oleh penduduk Kampung yang tidak puas hati

Senario Rusuhan oleh penduduk Kampung yang tidak puas hati

Selain itu beliau berkata, ia turut menguji Pelan Kelangsungan Perniagaan Business Continuty Plan (BCP) dan Pelan Pemulihan Perniagaan Business Recovery Plan(BRP) independent Oil Terminal yang terlibat dalam menangani dan tindakan mengikut pelan kecemasan masing-masing.

Sambil meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agensi-agensi yang terlibat dalam menggerakkan sumber manusia, logistic dan asset yang diperlukan bagi tujuan melaksanakan plan kecemasan,jelasnya lagi.

Gambar kenangan :Ik Pahon (tiga kiri) bersama Wan Samsulri (tiga kanan), Dev Kumar (Dua kiri) bersama Ketua Jabatan dan wakil dari pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan Keselamatan Negeri Sarawak, NADMA Putrajaya, agensi-agensi sukarela dan swasta semasa Sidang Media

Gambar kenangan :Ik Pahon (tiga kiri) bersama Wan Samsulri (tiga kanan), Dev Kumar (Dua kiri) bersama Ketua Jabatan dan wakil dari pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan Keselamatan Negeri Sarawak, NADMA Putrajaya, agensi-agensi sukarela dan swasta semasa Sidang Media

Di samping itu, sebarang kelemahan atau kekurangan yang dibangkitkan semasa sesi post-mortem perlu diambil perhatian demi kebaikan bersama dalam menangani apa jua situasi bencana yang bakal dihadapi di masa hadapan khususnya di Negeri Sarawak.

Beliau menyeru agar latih amal ini dapat dikongsi bersama bagi menghadapi bencana-bencana lain seperti wabak rabies, jerebu, kebakaran dan sebagainya.

Turut hadir Wan Samsulri Wan Hasbi,Pengarah Keselamatan Negeri , Majlis Keselamatn Negara Negeri Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree, Ketua Jabatan dan wakil dari pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan Keselamatan Negeri Sarawak, NADMA Putrajaya, agensi-agensi sukarela dan swasta.

Tinggalkan komen anda