Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penerima Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Membawa Sinar Baharu

By 23 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Uraidah Zetti Md Arifin/ Mohd Fadli Mohd Yusof (Kemaman)

KEMAMAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah Ketengah Tahun 2019 telah berlangsung Di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman pada pukul 7.00 pagi semalam. Ia melibatkan Agensi-agensi jabatan, masyarakat kampung serta seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wilayah Ketengah sebanyak 89 MPKK.

Antara pengisian program pada pagi semalam ialah senamrobik dan pameran agensi/ jabatan kerajaan. Selain itu, jualan usahawan tempatan, persembahan pakaian beragam kanak-kanak tadika KEMAS (Tema kebangsaan), deklamasi sajak, persembahan pentomin oleh murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Air Putih, penyerahan ‘Mock Key’ Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang siap dibina, ziarah merdeka dan kenduri rakyat turut diadakan.

Penyerahan Mock Key rumah PPRT yang siap dibina oleh  Datuk Zulkifli Mohamad

Penyerahan Mock Key rumah PPRT yang siap dibina oleh Datuk Zulkifli Mohamad

Menurut penerima rumah PPRT, Zaiton Matsa, 58, yang berasal dari Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu yang mempunyai 5 orang anak gembira kerana rumah baharu mereka siap dibina dan diserahkan hari ini.

“Rumah yang didiami sekarang sudah uzur dan kerap dimasuki air setiap kali hujan lebat. Suami tidak bekerja menyukarkan lagi untuk membaiki rumah sebelum ini.”

“Saya bersyukur dan amat gembira kerana program PPRT memberi satu sinar baharu buat kami sekeluarga untuk mengubah corak hidup dan kami sudah lama menginginkan sebuah rumah yang lebih selesa dengan adanya kemudahan elektrik dan air,” tambah beliau.

Bagi seorang surimah Wan Rasifah Wan Mohammed, 34, “Program seperti ini sangat bagus kerana masyarakat di luar bandar dapat mengetahui perkembangan semasa aktiviti KETENGAH adakan. Ini secara tidak langsung menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap keadaan masyarakat luar bandar.”

Pakaian Beragam Kanak-kanak Tadika Kemas (Tema Kebangsaan)

Pakaian Beragam Kanak-kanak Tadika Kemas (Tema Kebangsaan)

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Zulkifli Mohamad.  Dalam ucapannya, beliau menyatakan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai matlamat kemakmuran bersama.

“Dalam merealisasikannya, kita semua harus memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada kerajaan untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.”

Pada Majlis Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH 2019, KETENGAH telah  mengedarkan Jalur Gemilang kepada 89 MPKK dalam Wilayah KETENGAH untuk dikibarkan di premis, kawasan tumpuan masyarakat dan kediaman masing-masing.

-II-

Tinggalkan komen anda