Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomePutrajaya

KMJG19: PMM Sambut Konvoi KMJG dengan Gubahan Buah Gergasi

By 3 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Jurufoto KKMM (Putrajaya)

MERLIMAU, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 meneruskan perjalanan ke lokasi ketiga pagi ini di Politeknik Merlimau dan disambut oleh 350 pelajar institut tersebut.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Politeknik Merlimau (PMM) Rozer Masudin, terdapat sedikit kelainan dalam sambutan kali ini apabila gubahan hiasan buah-buahan bertemakan Jalur Gemilang digunakan sebagai gimik perasmian.

“Gubahan hiasan buah-buahan Jalur Gemilang tersebut dibuat mengikut reka bentuk bendera Malaysia bagi menyemarakkan pemilihan Negeri Melaka selaku tuan rumah pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan.

Rozer (kanan) bersama-sama pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam menyiapkan gubahan tersebut.

Rozer (kanan) bersama-sama pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam menyiapkan gubahan tersebut.

“Gubahan hiasan berukuran 4×8 kaki dan seberat 35 kilogram itu dihasilkan oleh empat pensyarah serta tujuh pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dengan menggunakan buah tembikai, tembikai susu, lobak putih dan labu sebagai bahan utama,” katanya yang ditemui sempena program tersebut, di sini hari ini.

Menurut Rozer, pada bintang ada sebiji labu kecil terukir ‘Sayangi Malaysiaku’, dan ‘Malaysia Bersih’ serta sekuntum bunga raya menghiasi gubahan tersebut.

“Kami mengambil masa selama 20 jam untuk menyiapkan gubahan ini dengan perancangan dibuat seawal tiga minggu untuk memilih buah-buahan terbaik,” katanya lagi.

Ketibaan peserta konvoi disambut warga PMM, di sini.

Ketibaan peserta konvoi disambut warga PMM, di sini.

PMM merupakan lokasi persinggahan pada hari ini sebelum konvoi KMJG diteruskan ke lokasi seterusnya di Pasaraya Mydin Ayer Keroh, untuk perjalanan hari ini.

KMJG 2019 kali ini memasuki edisi ke-17 penganjuran yang akan melewati ke 62 lokasi persinggahan sejauh 6,200 kilometer dengan 62 buah kenderaan terlibat.

-SH

Tinggalkan komen anda