Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelan Regenerasi Bandar Bakal Ceriakan Greenwood

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan /foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Greenwood yang merupakan sebuah pekan kecil yang popular di kawasan Gombak bakal berubah wajah apabila Pelan Regenerasi Bandar yang dinamakan ‘Greenwood The New Outlook’ siap nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata projek pembangunan melalui Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pejabatnya bernilai RM4 juta itu bermula akhir tahun 2018 dan dijangka siap awal tahun 2020.

“Ia merupakan satu usaha menceriakan kawasan bermula persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke Taman Greenwood sehingga Masjid As-Sharif, Gombak.

“Fasa satu meliputi usaha pembangunan kawasan kegunaan riadah keluarga, pembinaan Dataran Greenwood yang menarik, menaik taraf laluan pejalan kaki serta pembangunan papan tanda (pylon).

“Pembangunan fasa kedua pula meliputi usaha menaik taraf medan selera dan stesen bas Greenwood, mengindahkan fasa bangunan komersial dengan konsep ‘street art’ serta kerja-kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan railing,” katanya.

Hilman (tiga dari kiri) ketika meninjau rumah sampah Medan Selera Greenwood selepas melancarkan Pelan Regenerasi Bandar dan Kempen Basmi Tikus peringkat MPS.

Hilman (tiga dari kiri) ketika meninjau rumah sampah Medan Selera Greenwood selepas melancarkan Pelan Regenerasi Bandar dan Kempen Basmi Tikus peringkat MPS.

Tambah beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata wajah baru yang lebih ceria dan berdaya ini akan memacu pembangunan yang sejahtera.

“Lebih penting, kemegahan Taman Greenwood akan menjana rasa kebersamaan (esprit de corps) dalam masyarakat yang bangga dengan kawasan mereka.

Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar (Smart State) yang unggul,” jelasnya.

Hilman melihat lukisan mural yang dihasilkan pada dinding rumah kedai berhampiran medan selera Greenwood dalam usaha menceriakan kawasan tersebut.

Hilman melihat lukisan mural yang dihasilkan pada dinding rumah kedai berhampiran medan selera Greenwood dalam usaha menceriakan kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran ‘Greenwood The New Outlook’ dan Kempen Basmi Tikus peringkat MPS di Medan Selera Taman Greenwood, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hilman memaklumkan program yang dilaksanakan itu bertujuan membentuk kesedaran masyarakat tentang bahaya tikus dan usaha-usaha untuk membasmi pembiakannya.

“Berdasarkan statistik Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, kawasan ini mengalami peningkatan indek tikus yang membimbangkan seterusnya menyumbangkan kepada peningkatan kes Leptospirosis.

“Tahun ini telah mencatatkan 118 kes dengan tiga kematian. Saya gesa agar penduduk Gombak segera melaksanakan pembasmian tikus yang boleh mengancam manusia,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda