Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana Tingkat Kesiapsiagaan Agensi Keselamatan

By 23 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Simulasi pengurusan mangsa bencana yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik membabitkan agensi keselamatan serta penduduk tempatan dijangka berupaya melancarkan operasi membantu dan menguruskan mangsa banjir secara sistematik.

Timbalan Pengarah JKM Kedah Zakaria Taib, berkata simulasi pengurusan bencana ini perlu diadakan dari masa ke masa mengikut polisi yang sedia ada bagi memastikan semua peserta terlibat memiliki pengalaman untuk berhadapan kejadian sebenar.

“Simulasi ini juga sebagai langkah awal persiapan kesiapsiagaan bencana di daerah di mana peserta merasai sendiri situasi ketika banjir berlaku dan mereka didedahkan dengan taklimat kesihatan, keselamatan dan insurans, pemindahan barangan dan mangsa serta intervensi mangsa banjir,” ujarnya ketika berucap pada Program Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di Pusat Pemindahan Bencana, Surau Kg Pinang, Mukim Sok, di sini semalam.

Menuru Zakaria, simulasi ini juga membolehkan pemimpin masyarakat pada peringkat akar umbi berperanan lebih besar dan berkesan bagi menghadapi bencana pada masa akan datang.

“Melalui simulasi ini semua pihak diharapkan dapat memainkan peranan bagi memastikan setiap operasi berjalan dengan lancar melalui pendedahan dan maklumat yang telah diberikan.

“Keperluan simulasi ini juga adalah bagi mengenal pasti isu, cabaran dan ekspektasi mangsa bencana yang perlu ditambahbaik serta disalurkan kepada pihak yang lebih tinggi dalam menguruskan pusat pemindahan bencana,” jelasnya lagi.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda