Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MyMerdeka@MYDIN Platform Usahawan Sosial Market Saya Jana Pendapatan

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Rabiaton Adawiah Ahmed Tajudin/Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 12 Usahawan MyMerdeka@MYDIN yang bernaung di bawah Sosial Market Saya telah dibawa khas oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor untuk turut serta memeriahkan Program MyMerdeka@MYDIN yang telah berlangsung pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2019 di MYDIN Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Himpunan produk usahawan MyMerdeka@MYDIN ini telah dipromosikan dengan mempamerkan logo Mon March’e Social (Sosial Market Saya) di pentas utama dan juga ketika sesi temubual bersama stesen radio Johor.FM di lokasi.

Asam laksa oleh Panda Laksa di hadapan kaunter masuk pasaraya MYDIN yang mendapat sambutan hangat.

Asam laksa oleh Panda Laksa di hadapan kaunter masuk pasaraya MYDIN yang mendapat sambutan hangat.

Semua usahawan yang terlibat telah diberikan booth perniagaan di sepanjang hadapan kaunter keluar masuk membeli membelah pasar raya oleh pihak MYDIN Mutiara Rini sebagai satu strategi yang berkesan untuk menarik para pengunjung singgah membeli produk-produk makanan Sosial Market Saya terlebih dahulu sebelum masuk ke pasar raya.

Para usahawan yang ditemui menyatakan, mereka sangat berpuas hati dan gembira di atas sambutan yang diterima dan hasil yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung amat memberangsangkan.

Usahawan produk sutra dan asam girl Hanifah Hanim dan usahawan produk ubi masin dan molten Nur Farrah Jamaludin.

Usahawan produk sutra dan asam girl Hanifah Hanim dan usahawan produk ubi masin dan molten Nur Farrah Jamaludin.

Penyelaras Usahawan Sosial Market Saya, Noordiana Samudin yang turut membuka booth Three R Crispy Cheese dan Kuih Tradisional berkata fokus usahawan di bawah Sosial Market Saya adalah untuk membimbing dan membantu usahawan IKS dan para peniaga kecil yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan untuk belajar berniaga secara indoor kerana impak berniaga secara indoor amat berbeza daripada outdoor iaitu mensasarkan pasar raya sebagai lokasi untuk berniaga.

“Pemasaran yang melibatkan pembungkusan juga susun atur produk amat penting dan dititikberatkan kerana ia membawa imej pasar raya dan tarikan kepada para pelanggan untuk datang tanpa perlu kita memanggil mereka,” katanya.

Logo mon march'e social dipaparkan di pentas utama untuk tujuan publisiti dan promosi.

Logo mon march’e social dipaparkan di pentas utama untuk tujuan publisiti dan promosi.

Tambah beliau, setakat ini terdapat 200 usahawan di bawah Sosial Market Saya dan untuk program bersama Jabatan Penerangan Negeri Johor ini telah digabungkan usahawan yang telah berjaya sehingga ke Singapura dan juga usahawan baru atas tujuan untuk saling berkongsi ilmu dan membimbing mereka yang baru ingin bertapak.

“Sepanjang tiga hari menyertai program MyMerdeka@MYDIN ini dan telah di temubual oleh stesen radio Johor.FM, saya menerima banyak panggilan daripada para peniaga pasar malam yang berminat untuk menyertai Sosial Market Saya dan juga program Jabatan Penerangan.”

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Negeri Johor dan MYDIN di atas peluang yang diberikan dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan bagi membantu usahawan IKS untuk menjana pendapatan,” katanya lagi.

Antara produk yang mendapat sambutan hangat oleh para pengunjung adalah laksa oleh Panda Laksa, produk ubi masin dan molten oleh LagendDaryKitchen serta mi sayuran Yummy oleh Ridzyatt Resources.
-NI-

 

Tinggalkan komen anda