Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Agih Jalur Gemilang Di Pasar Sehari

By 3 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Aneta Ahmad (Hulu Terengganu)/ Suhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

HULU TERENGGANU, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan warga Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu mengadakan `Walkabout’ dengan mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengunjung dan peniaga pasar sehari di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pengagihan Jalur Gemilang itu adalah sempena program [email protected] – Info On Wheel peringkat daerah Hulu Terengganu yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019.

Rosol Wahid berkata  sebagai rakyat Malaysia, semua peringkat perlu menunjukkan semangat cintakan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang sebagai lambang negara sudah merdeka dan bebas.

“Kalau dilihat sekarang, sambutan oleh masyarakat setempat tidak semeriah dulu dan  suram. Suasana sambutan bulan kebangsaan seolah-olah tidak dirasai dengan kurangnya kibaran Jalur Gemilang oleh masyarakat.”

Kempen kibar Jalur Gemilang dikalangan pemandu Kereta Sewa dan Teksi yang berada di KB Sentral

Kempen kibar Jalur Gemilang dikalangan pemandu Kereta Sewa dan Teksi yang berada di KB Sentral

“Langkah yang diambil oleh Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu sesuai dan tepat kerana program ini dijalankan di Pasar Sehari yang  menjadi tempat tumpuan orang kampung di daerah ini berkumpul,” katanya.

Pengunjung turut teruja apabila diagihkan Jalur Gemilang kepada mereka dan kesempatan yang ada digunakan oleh mereka untuk beramah mesra dengan masyarakat sekeliling.

Edaran Jalur Gemilang kepada pengunjung pasar sehari

Edaran Jalur Gemilang kepada pengunjung pasar sehari

Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu, Aneta Ahmad berkata, penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan serta menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan 2019 selain menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
“Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ada dalam diri setiap rakyat tanpa mengira masa, malahan tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan bulan kebangsaan. Masyarakat perlu memahami konsep meraikan kemerdekaan iaitu dengan menyatakan perasaan dan rasa gembira seperti mengibarkan Jalur Gemilang.”

Program ini turut disertai oleh Ketua Jabatan, kakitangan Pusat Internet Malaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa/ Teksi Daerah Hulu Terengganu. Selain itu, edaran bahan penerbitan yang berkaitan dasar – dasar dan kempen kerajaan turut dilakukan.

Edaran bahan penerbitan  kepada orang ramai

Edaran bahan penerbitan kepada orang ramai

Yang turut hadir ialah Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Mohd Othman Abu Bakar.

-II-

Tinggalkan komen anda