Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aktiviti Riadah Bawa Impak Positif Dalam Kehidupan

By 13 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Perkembangan media sosial yang berlaku pada ketika ini mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat apabila mereka cukup mudah terkesan dan terpengaruh dengan keperluan mendesak untuk bersaing sesama mereka sehingga mencetuskan tekanan perasaan (stress) yang menjurus kepada masalah kesihatan mental.

Stress merupakan penyakit dan tidak sepatutnya disembunyikan, sebaliknya perlu dirawat pada peringkat awal lagi dan aktiviti riadah adalah salah satu langkah terbaik dalam mengurangkan hormon stress yang mana masalah rohani sebegini pasti akan di alami oleh setiap manusia di dalam kehidupan mereka masing-masing.

Apabila kita mengeluarkan peluh, secara tidak langsung badan kita akan mengeluarkan hormon endorphine dimana saluran darah kita akan berjalan lancar dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang membelenggu pemikiran.

Indra Achuthan, 69 yang merupakan seorang suri rumah akan menghabiskan masa lebih kurang dua jam setiap petang untuk berjalan kaki dan beliau tidak mempunyai sebarang penyakit berbahaya kerana mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan membuat aktiviti-aktiviti berfaedah.

Indra menghabiskan masa lebih kurang dua jam setiap petang untuk berjalan kaki di sekitar taman rekreasi.

Indra menghabiskan masa lebih kurang dua jam setiap petang untuk berjalan kaki di sekitar taman rekreasi.

“Sejak muda lagi saya suka melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan berasa lebih sihat apabila melakukan aktiviti riadah sebegini.”

“Saya juga dapat bergaul dengan masyarakat sekeliling dan menambah kenalan baru melalui aktiviti sebegini,” ujarnya.

Manakala Wong Cheng Ho, 77, menganggap aktiviti riadah adalah satu kewajipan bagi semua masyarakat dan aktiviti sebegini merupakan salah satu cara bagi mewujudkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Aktiviti riadah yang diamalkan oleh Wong Cheng Ho membuatkan stamina beliau seperti orang muda.

Aktiviti riadah yang diamalkan oleh Wong Cheng Ho membuatkan stamina beliau seperti orang muda.

“Bila kita inginkan negara maju, rakyat perlu menjaga perpaduan dan aktiviti riadah sebegini secara tidak langsung akan mewujudkan satu perasaan semangat perpaduan di negara kita.”

“Walaupun saya sudah berusia namun aktiviti riadah yang saya amalkan buat diri saya kelihatan lebih muda serta bertenaga dan saya masih berkeupayaan bercuti di tempat percutian yang mencabar seperti negeri Sabah,” ujar beliau sambil bersenam dengan menggunakan peralatan senaman yang disediakan di taman rekreasi.

Muhammad Zikrullah Samsuri, 17 yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru melakukan aktiviti bersukan setiap petang bagi meningkatkan kecergasan badan serta menenangkan fikiran dan memberi kesejahteraan mental.

Zikrullah percaya dengan membuat aktiviti riadah mampu memberi ketenangan hidup.

Zikrullah percaya dengan membuat aktiviti riadah mampu memberi ketenangan hidup.

“Generasi muda pada hari ini perlu mengubah corak hidup mereka yang sentiasa leka dengan permainan gajet kepada aktiviti yang lebih sihat seperti bersukan.”

“Saya percaya dengan melakukan aktiviti riadah mampu memberi ketenangan kepada setiap orang apatah lagi kepada pelajar yang sentiasa dibebani dengan tanggungjawab menuntut ilmu,” tambahnya lagi.

Tidak dinafikan masyarakat pada hari ini ramai yang menghadapi masalah kesihatan mental seperti was-was, kebimbangan melampau, kemurungan dan tekanan yang memberi kesan terhadap keupayaan individu untuk bekerja, mengekalkan hubungan dan meneruskan kehidupan.

Alasan sibuk dengan urusan harian perlu ditolak tepi demi menggapai satu matlamat gaya hidup sihat untuk mengurangkan masalah stress atau tekanan yang membelenggu fikiran dan oleh yang demikian, aktiviti riadah perlu diamalkan untuk melahirkan aura positif dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar.

-NI-

Tinggalkan komen anda