Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Karnival Labuan Pulau Sihat Terap Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan

By 26 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Karnival Labuan Pulau Sihat menekankan Jabatan Kesihatan Labuan sentiasa komited dalam menambah baik perkhidmatan secara berterusan dengan memberi perkhidmatan yang fokus, selamat dan berkualiti dengan menerapkan konsep merakyatkan perkhidmatan kesihatan di pulau itu.

Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, karnival itu juga mendekatkan Jabatan Kesihatan dengan masyarakat melalui konsep turun padang.

“Penggabungan penyampaian pelbagai elemen penjagaan kesihatan secara holistik dan menyeluruh yang disampaikan dalam bentuk aktiviti interaktif, demonstrasi serta saringan kesihatan amat bertepatan dengan kemajuan teknologi dan corak kehidupan pada masa kini.

“Hal ini dapat disampaikan dalam aktiviti yang terkandung dalam kempen dan sambutan hari-hari khas kesihatan antaranya Sambutan Hari Jantung Sedunia, Hari Farmasi Sedunia, Hari Keselamatan Makanan Sedunia, Minggu Penyusuan Susu Ibu dan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

“Kesemua kempen dan sambutan hari khas kesihatan ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pencegahan awal kejadian sesuatu penyakit,” katanya semasa merasmikan karnival tersebut, di sini baru-baru ini.

Rozman (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan.

Rozman (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan.

Menurut Rozman, terdapat beberapa aktiviti lain iaitu Mini Karnival HepiLI Peringkat Labuan, Pelancaran BookDoc Komuniti dan Program Skim Peduli Sihat (PeKA) B40 turut diadakan.

“BookDoc antaranya merupakan satu inisiatif baharu Jabatan Kesihatan Labuan dengan kerjasama BookDoc Activ yang bertujuan meningkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat Malaysia melalui pertandingan dengan menggunakana aplikasi BookDoc Activ.

“Program PeKa B40 pula merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dengan klinik swasta untuk menjalankan saringan kesihatan ke atas penerima BSH dan pasangan mereka yang berumur lebih 50 tahun,” jelasnya lagi.

Rozman turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama kempen-kempen yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan.

“Saya ingin menyeru agar kita dapat menggunakan peluang pada hari ini dan menyebarkannya kepada seluruh masyarakat kerana sokongan semua pihak sangat penting dalam membantu melaksanakan kempen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

“Kempen-Kempen yang dianjurkan ini merupakan platform ideal untuk mendidik komuniti Labuan ke arah hidup yang lebih sihat,” tambahnya.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman.

-SH

Tinggalkan komen anda