Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Kemuncak Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini

By 26 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pengisahan Kenegaraan  peringkat kebangsaan tahun ini  tiba pada kemuncaknya dan akan berlangsung pada 28 dan 29 september ini di Negeri Terengganu. Seramai 15 pasukan daripada 13 negeri dan dua wilayah persekutuan akan berentap merebut kejuaraan tersebut tahun ini.

Pertandingan pengisahan kenegaraan adalah aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakon dan penceritaan, merupakan kaedah pembujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat bersatu padu, patriotik, bestari dan cintakan negara.

Pertandingan pengisahan kenegaraan masuk edisi ke-16 penganjuran pada tahun ini adalah salah satu acara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), bertujuaan mewujudkan ruang yang boleh digunakan oleh masyarakat umum untuk mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi mengenai program-program pengisian kemerdekaan yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin negara dan juga tokoh-tokoh yang telah diberi penghargaan di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

Disamping menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah dan juga tokoh-tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat malaysia

Pertandingan tahun ini akan berlangsung selama dua hari bermula dengan peringkat saringan yang akan berlangsung pada 28 september ini bertempat di Dewan al-Farabi, IPG Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Nerus, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Kementerian Luar Bandar, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok.

Manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 29 September bertempat di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin dan akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementeria Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Suriani Ahmad.

Para peserta akan membawa pelbagai tajuk persembahan bertemakan “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih” selari dengan tema sambutan hari kembangsaan tahun ini. Johan pertandingan akan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM 6000.00, piala iringan dan siji penyertaan.

Tinggalkan komen anda