Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Ketepikan Ideologi Politik Demi Perpaduan Dan Cinta Negara

By 14 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan fahaman perlu mengenepikan ideologi politik bagi memastikan perpaduan dan semangat cintakan negara sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, perpaduan dan semangat cintakan negara perlu disuburkan dalam jiwa setiap rakyat negara ini bagi mewujudkan suasana harmoni dan kemakmuran terus terpelihara, tanpa mengira perbezaan pegangan politik, agama, budaya dan bangsa.

Raja Kamarul Bahrin Shah bersalaman dengan pemimpin masyarakat pada  Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Raja Kamarul Bahrin Shah bersalaman dengan pemimpin masyarakat pada Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Katanya, semua rakyat perlu mengekang sebarang unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keamanan negara dan bersedia mempertahankannya biarpun seribu cabaran yang mendatang.

“Kita menolak sebarang bentuk tindak-tanduk yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia jelas bertentangan dengan prinsip hidup dalam sebuah negara berdemokrasi”, katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam.

Raja Kamarul Bahrin Shah (dua dari kanan) merasmikan Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Raja Kamarul Bahrin Shah (dua dari kanan) merasmikan Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Othman Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Kebajikan Terengganu, Ng Chai Hing.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena program itu seperti paluan gendang Cina, Tarian Singa dan persembahan Hip Hop.

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu membuat persembahan pukulan 24 gendang Cina pada   Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Beliau turut merasa kagum dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat khususnya daripada kaum Tiong Hua Terengganu kerana dapat bersama-sama berkumpul dalam suasana yang harmoni dan ini membuktikan semangat perpaduan, penyatuan hati dan kebersamaan sentiasa tersemat pada setiap individu yang hadir. Beliau turut menyelar pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik selain membiarkan Jalur Gemilang yang rosak kerana ini telah melambangkan semangat patriotik dan cintakan negara semakin pudar.

Sebahagian masyarakat Tiong Hua yang hadir pada Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Sebahagian masyarakat Tiong Hua yang hadir pada Program Merdeka@Komuniti Bersama Masyarakat Tiong Hua anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Kampung China di sini semalam

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana menjadi peneraju kepada kempen kibar Jalur Gemilang dan secara tidak langsung ianya dapat dihayati oleh rakyat negara ini.

Sementara itu, Mohd Othman berkata, program pada malam ini bertujuan meningkatkan dan menggelorakan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, penganjuran program diharap dapat melahirkan masyarakat yang berintegriti tinggi yang ada nilai jati diri teguh dalam menjadikan Malaysia lebih bersih daripada gejala yang tidak sihat.

-II-

Tinggalkan komen anda