Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMASelangor

Markas Syiah Diserbu, 21 Pengikut Ditahan

By 9 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Sebuah premis yang dipercayai menjadi markas pengikut ajarah Syiah diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak, di sini malam tadi.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Azlinda Azman berkata seramai 21 orang dipercayai pengikut Syiah ditahan termasuk Pengerusi Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi.

“Hasil risikan mendapati ada perjumpaan dilakukan dikalangan mereka dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurut beliau, selain tangkapan pihaknya turut menyita beberapa barangan yang berkaitan ajaran Syiah seperti kain rentang, batu karbala, bingkai gambar, kitab dan buku.

Markas Syiah di Taman Sri Gombak diserbu penguatkuasa JAIS

Markas Syiah di Taman Sri Gombak diserbu penguatkuasa JAIS

“Tindakan JAIS bertepatan dengan fatwa yang diwartakan pada 17 Oktober 2013 oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bahawa ajaran Syiah adalah bercanggah daripada ajaran Islam sebenar.

“JAIS menyeru agar umat Islam di Selangor menolak ajaran sesat ini kerana ia membawa umat Islam ke arah kesesatan,” katanya.

Kata beliau lagi, pihak JAIS akan terus memantau kegiatan ini untuk memastikan tiada sebarang aktiviti berkaitan Syiah di Selangor terutamanya aktiviti berkaitan majlis sambutan Hari Karbala yang disambut setiap 10 Muharam.

“JAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap ajaran Syiah dan memohon kerjasama orang awam untuk memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke pihak Penguatkuasa JAIS di talian 1-800-88-2424,” jelasnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda