Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Mesej Kinolosodon Berpotensi Jadi Tarikan Pelancong

By 27 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Abd Rahman (Papar)

PAPAR, 27 Sept (Malaysiaaktif) – Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) Skim Kinolosodon berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong di luar bandar.

Ewon (tengah) meneliti pelan MESEJ Kinolosodon bersama rombongan

Ewon (tengah) meneliti pelan MESEJ Kinolosodon bersama rombongan

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedict, selepas Mesej Kaingaran pihaknya juga bersetuju memilih Mesej Kinolosodon untuk dibangunkan sebagai aktiviti pelancongan luar bandar.

“Saya difahamkan ada persatuan berbasikal di sini memilih Mesej ini sebagai lokasi latihan mereka, ini bermaksud mereka adalah pelancong berkelompok.

 antara Rumah peserta MESEJ Kinolosodon dicadang jadi homestay.

antara Rumah peserta MESEJ Kinolosodon dicadang jadi homestay.

“Oleh sebab itu, kita perlu menyediakan kemudahan asas kepada penduduk agar kegiatan pelancongan seperti ini dapat dijalankan,” kata beliau kepada media selepas lawatan rasminya di Mesej Kinolosodon pada Khamis.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyalurkan peruntukkan awal kepada Mesej Kinolosodon untuk kerja naik taraf rumah kepada homestay selain membina pondok, kemudahan persalinan dan tandas di kawasan air terjun yang terletak kira-kira 600 meter daripada perkampungan tersebut.

Kemudahan tandas/ tempat persalinan dan pondok rehat untuk kegunaan pelancong di MESEJ Kinolosodon

Kemudahan tandas/ tempat persalinan dan pondok rehat untuk kegunaan pelancong di MESEJ Kinolosodon

Ewon juga turut berpendapat bahawa untuk meningkatkan ekonomi masyarakat setempat, perkampungan Mesej perlu mempelbagaikan tanaman sampingan agar kebergantungan kepada hasil satu tanaman dapat diatasi sekali gus ia mampu membasmi kemiskinan.

Mesej Kinolosodon mula dibuka pada 2007 dengan kos RM1.5 juta dibahagikan kepada dua projek iaitu A dan B seluas 150 hektar namun hanya 75 hektar boleh dibangunkan dengan 14 peserta e-kasih dengan purata pendapatan bulanannya dari RM400 hingga RM 600 sebulan secara keseluruhan.

ER

Tinggalkan komen anda