Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pameran MyMerdeka Temui Warga Bukit Mertajam Mulai Esok

By 5 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Pulau Pinang)

BUKIT MERTAJAM, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Program Pameran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama pasaraya Mydin akan diadakan di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula esok hingga 8 September ini.

Antara aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti yang disediakan.

Program diadakan bertujuan menggelorakan semangat kemerdekaan negara dengan mengibarkan jalur gemilang serta sambutan Hari Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang pameran berlangsung antaranya Pertandingan Bintang Patriotik, pertandingan mewarna, pameran jabatan agensi kerajaan, kempen derma darah, pertandingan permainan tradisional dan pelbagai lagi.

Majlis perasmian dijangka akan dirasmikan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, 7 September nanti dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan program.

-SH

Tinggalkan komen anda